Friday, April 1, 2011

April Fool | Siapa yang bodoh sebenarnya ?

ASSALAMUALAIKUM !
Hello peeps! Sihat tak hari ini? Sihat? Alhamdulillah. I kurang sihat
FLU -.- maklumlah musim hujan ribut. Tapi still mensyukuri nikmat tuhan :)
Lama tak update blog. *padahal baru je beberapa hari HAHA. Okey lap habuk sikit. Hachuuummm. Perghh berhabuk gila. Haahhaaa. Eh hari ni 1 April la guys! Apa lagi, APRIL FOOL lah kannn. Ngehh ngehhh . Haishhh apa ni April fool April fool. Tak eloklah meraikan "budaya pandang ke barat" ni. Pandang ke barat ke pandang keparat? Upppsss, no comment. Hohoo. 
Kenapa pula I cakap tak elok kita meraikan April Fool ni? Ermm bukan apa, sebenarnya April Fool Day ni ada sejarahnya. Ramai yang antara kita sendiri tak tahu pun apa sebenarnya April Fool ni. Yang you tahu maybe April Fool ni hari kenakan orang pastu kita gelak besar. Kan kann kannnn. Errrr, kat Wikipedia ni ada cerita. Tapi bukannya cerita dengan terperinci pun. Huhh, you all tak faham ekk? Okay wiki tuh cakap omputih. Bak meh I translate kepada bahasa mudah difahami ;
Hari April Fool ini dirayakan di seluruh dunia pada tarikh 1 April setiap tahun. Ia juga disebut sebagai April Fool's Day, hari ini bukanlah hari cuti umum, namun secara menyeluruh ianya dirayakan seluruh dunia sebagai hari untuk mengenakan dan memperbodohkan orang lain . Secara tradisional, di beberapa negara seperti New Zealand, Ireland, Inggeris, Australia, dan Afrika Selatan, April Fool hanya dirayakan sampai tengah hari. Di tempat lain, seperti di Perancis, Itali, Korea Selatan, Jepun, Rusia, Belanda, Jerman, Brazil, Kanada, dan Amerika Syarikat pula memperbodohkan orang sepanjang hari.  
Hahahaa panjang pula I bebel. Tapi yang tu sebenarnya tak sebut pun pasal sejarahnya, so I nak story sikit pasal munculnya April Fool's Day ni.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkanmenuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Mereka seolah-olah meraikan hari kebodohan kaum muslim sehingga mampu ditipu dan dibunuh sewenang-wenangnya. Ia akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Tak sangka betul kan. Masih ramai lagi antara kita kita ni yang sibuk nak fikir prank apa nak guna untuk kenakan orang sedangkan 1 April ni sebenarnya hari yang sangat menyedihkan bagi orang-orang Islam. So mana yang dah tahu tu jangan sambut dah lepas ni ye :) I saja je nak share pasal April Fool ni. Sebab bagi I orang Islam yang mana sambut April Fool ni lah orang yang betul-betul bodoh. Dia tak sedar agaknya yang diri dia tu dah diperbodohkan oleh orang Kafir yang lain. Errr, ni bukan entry mendiskriminasi agama ya. I just nak berkongsi cerita dengan orang yang seagama je. Walaupun I kurang bijak dalam soal agama, I still tak suka kalau orang seagama I diperbodohkan oleh agama lain. \semua orang tak sempurna kan/
Okey dah panjang I bebel. Jumpa next entry. Till then, muahhh .

p/s - Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita kann kann kann .
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


No comments: