Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #3 | Good Luck for Myself

ASSALAMUALAIKUM !

Hello peeps :)
It's a long time since my last entry right -.-
Busy Busy Busy 
Kelas semua pack gila whooo .


Set produk Nano White baru beli semalam . 
Nak tengok juga hasilnya nanti .
Harap-haraplah boleh cantik macam Diana Danielle (Duta Nano ni haa)
Ngeeee

Till then :) ByeBye ♥


kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Friday, July 22, 2011

That Man | Geu Namja

ASSALAMUALAIKUM !

Hello viewers ♥ sorry lama tak update . 
Blogwalking pun dah kurang woo :(
Traffic pun dah down -.-"
Lately busy sikit . Almaklumlah dah start sem baru .
Sem tiga on my second year ! 
Whoaa dah senior babe ! HAHA 

#entry release tension


I just love that one man . I love him wholeheartedly . I follow her around like a shadow everyday . That woman is laughing and crying . Just how much more do I have to gaze at you alone . This love that came like the wind, this beggar like love . If I continue this way, will you love me? Just come a little nearer , one step closer but flee with two legs . 
I am who love you , next to you now . That woman who comes , that man is cautious , that’s why you have to learn to smile . What he can’t tell his best friend , his heart’s full of tears. That’s why, that man , when he loved you the same way , yet another fool , yet another fool . Can’t you hug me before you go? I want to receive love everyday in my heart, just in my heart , I shout and that man’s next to me again. That man’s not me , its not that he knows , he don’t know cause he’s a fool . 
Just how much more do I have to gaze at you alone . This love that came like the wind , this beggar like love . If I continue this way, will you love me? Just come a little nearer . One step closer but flee with two legs . I who love you am next to you now . That man who comes.
*credit - that man lyric
I really love this song and I feel that it can move my heart on every time I listen to it . 

Sorry , entry kali ni tak ada MV . Sebab lagu ni memang tak pernah wujud video klip rasmi pun . 
So layan je la okay :)

Till then ! ByeBye ♥
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Friday, July 15, 2011

Proud To Be Malaysian ? | LFC training session

ASSALAMUALAIKUM !

Hello peeps and all Malaysian ! Hope you guys really proud to be a Malaysian ! 
Yeahhh I am PROUD to be MALAYSIAN and I ♥ Malaysia .


Okay , apa kes sampai tetiba bangga jadi anak Malaysia ni kan ? hahaa . Actually ni kes Liverpool Asia Tour kat Malaysia la . You tak nak ambil port ? So click x button please . Tak perlu menyemak terus membaca kalau tak nak tahu kan . Yang still continue reading tu , teruskan :) 


Semalam pemain Liverpool FC sampai ke Malaysia . Wahh teruja I bila dengar LFC nak datang Malaysia ! I penyokong hardcore LFC tu ! ngeee :D Okey la , diorang tu pun first time buat tour kat Malaysia ni . Untung la sokong Liverpool FC :) kan kan . Tapi ada sikit la perkara yang nampak tak cantik masa training session mereka semalam . 

Angkara stupid Malaysian la ni . Bukan player LFC pun . But I ada pandangan sendiri pasal insiden tersebut . Sebelum start bebel bagi pendapat , jom tengok video insiden yang tak sepatutnya terjadi tu .


Sumpah tak tahan nak gelak tengok video ni . Obses sangat la supporters LFC ni sampai nyanyi lagu Liverpool bagai . Err , I pun fanatik juga dengan LFC tapi budak tu tak salah kot . Kan kan . Cuma dia la berani sangat pakai jersi MU lepas tu duduk dalam kelompok LFC supporters . Kalau kat Israel dah kena bedil dah :D HAHA 

Lagipun budak tu just ikut family dia je . Dah satu family dia sokong LFC , dia je sokong MU (macam kes I sokong LFC tapi my dad sokong Chelsea -.-" sucks !) then agaknya ayah dia beli tiket untuk whole family . Nak tak nak kena la pergi , kalau tak bazir pula ratusan ringgit . Tapi , yang pakai jersi MU tu kenapa ? Tahu la sokong MU . Jangan la berani mati tunjuk perasaan cinta kat MU sampai pakai jersi MU kat stadium masa training session . At least , pakai baju lain . Please la . Be rational sikit . Umpama kancil masuk kandang harimau . Confirm la kena baham . 

Supporters pun satu hal juga . Sampai nak paksa dia buka jersi bagai . Haishh malu la jadi Malaysian tapi buat benda bodoh macam tu untuk England Club . Fikir-fikirlah yang anda tu Malaysian , friendly pun dengan Malaysia , suka ke kalau majoriti Malaysian yang tak support LFC paksa you all bukak jersi LFC then sarung jersi Harimau Malaya ? Mesti tak suka kan :) Boo je dah cukup , tak perlu paksa-paksa tukar jersi tu semua (tapi dapat jersi free I pun nak ! ngee) 


Moral value of the story , jangan nak berani mati sangat pakai jersi team lain tapi duduk dekat kawasan supporters football club lain . HAHA :D LFC , jumpa di stadium ! Till then ♥ ByeBye guys :)

p/s - Even I supoort LFC , I still hope that Harimau Malaya can win !

Macam biasa , MV wajib ada :)
Sorry , Sorry - Answer by Super Junior 
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #2 | G.D.T.O.P BEATS ♥

ASSALAMUALAIKUM !

Hello my lovely viewers :) 







Okay peeps ! Dah puas tengok gambar kan ? So sekarang pergi order satu untuk I ! 
Terima kasih daun keladi ♥ HAHA
Market Price for Malaysia : RM 1474.69 

See you guys next entry . ByeBye ♥ 

p/s - Headphone GTOP Beats LE tu last year punya , sekarang memang dah tak ada jual kat pasaran . 

MV like usual ♥ Knock Out by Big Bang 
Smart la headphone dalam MV ni ! grrr

kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0 | Pandangan Dua Sudut

ASSALAMUALAIKUM !

Hello peeps ! Long time no see :) Semoga semuanya dalam keadaan sihat . Sakit ? Makan ubat sana :)
Entry kali ni adalah due on request yang melambak suruh explain plus story morry about Bersih 2.0 9 Julai hari tu .


Terima kasih wahai pembaca especially to Boan Ezequiel kerana bagi I homework dan menyebabkan I buat research merata tentang topik ni . Topik yang hangat untuk dikupas . Oleh kerana ini adalah isu politik , I takkan sentuh secara mendalam terhadap sebelah pihak . So I akan bagi pandangan I berdasarkan fakta kedua-dua pihak . Which mean from pembangkang view and also government view :) 

First of all , kita berjinak-jinak dulu dengan BERSIH ni . Apa kata encik Wiki tentang BERSIH . Ia merupakan sebuah Gabungan Pilhanraya yang Bersih dan Adil yang tidak melibatkan mana-mana parti . Maksudnya , ia adalah satu kumpulan bebas yang tidak diwakili oleh UMNO , PAS , KEADILAN , MCA dan sebagainya .  

“Only when elections are clean and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively.”
BERSIH started out as the Joint Action Committee for Electoral Reform, which was formed in July 2005, and the coalition’s objective was to push for a thorough reform of the electoral process in Malaysia.

Sumber - bersih.org 



Apa pula BERSIH 2.0 ? BERSIH 2.0 merupakan sebuah perhimpunan yang dirancang oleh pertubuhan BERSIH . Perhimpunan seperti ini pernah "dianjurkan" pada tahun 2007 (klik sini untuk cerita lanjut)  tetapi gelombangnya tidaklah sehebat tahun ini . Walaupun begitu , masih ramai lagi yang belum mengetahui tujuan dan motif sebenar perhimpunan ini diadakan . Yang mereka tahu hanyalah BERSIH dan cerita perhimpunan haram . 

Pandangan Sudut Pro Pembangkang 

Pihak pembangkang berasa tidak puas hati apabila BERSIH di"mark" sebagai pertubuhan yang haram . Tetapi mengapakah ianya dikatakan haram ? 

"Perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat."

Sumber - BlogPeribadi


Oleh kerana itu , BERSIH dengan rasmi telah menjadi satu pertubuhan HARAM . Walaupun sedemikian , BERSIH tetap bangkit untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia . Mendapatkan apa yang mereka patut dapat , merasa apa yang patut mereka rasa . Dengan itu wujudlah perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu .Mereka ingin mendapatkan keadilan , keamanan dan kesejahteraan . Mereka masih lagi memegang prinsip yang sama tetapi kali ini , matlamat utama mereka adalah ingin menuntut :
  1. Membersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Menggunakan dakwat kekal (permanent ink)
  4. Akses media bebas dan adil
  5. Masa berkempen minima 21 hari
  6. Mengukuhkan institusi awam
  7. Menghentikan rasuah
  8. Menghentikan politik kotor 
Bagi mereka , setiap warganegara Malaysia berhak untuk bersuara dan juga mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman . Hal ini telah tertakluk dibawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan . Malahan mereka juga tidak berpuas hati apabila ada yang menjamin bahawa perhimpunan aman tersebut akan bertukar kepada satu kekecohan dan huru-hara (tidak aman la senang cerita) . 

Baju Rasmi BERSIH yang berwarna kuning

Apabila polis turut menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 , mereka semakin tertanya-tanya adakah polis milik rakyat atau milik kerajaan semata-mata ? Mengapa keamanan rakyat diragut ? Apabila ada satu konsert artis antarabangsa diadakan di Malaysia , pihak polis menjaga keamanan dengan sangat tertib dan sopan . Tetapi mana perginya segala kesopanan tersebut terhadap rakyat sendiri apabila ada yang memperjuangkan hak mereka ? 


Antara isu penting bagi setiap matlamat boleh dibaca di SINI 

Pandangan Sudut Pro Kerajaan 

Perhimpunan ini merupakan sebuah perhimpunan HARAM yang menimbulkan kekecohan dan merugikan banyak pihak . Antara kesan perhimpunan tersebut :
  1. Kerosakan kecil harta benda sebanyak RM100 Juta
  2. Peniaga mengalami kerugian anggaran RM 30 Juta
  3. Persatuan Teksi kehilangan pelanggan selama satu hari suntuk
  4. Pihak polis terpaksa membelanjakan RM 40 Ribu untuk kemudahan tahanan
  5. Sampah sarap yang ditinggalkan merata tidak dibuang ke dalam tong sampah
  6. Industri pelancongan terjejas
  7. Mencemarkan nama baik Malaysia
Pelancong yang tidak tahu apa-apa masih tertanya-tanya

Kekecohan yang timbul memaksa anggota polis menggunakan kekerasan

Mahu tahu lebih lanjut klik SINI

Malahan ada juga yang bersuara bahawa perhimpunan tersebut hanyalah satu propaganda untuk mengaburkan mata rakyat agar mereka mempercayai bahawa politik yang kerajaan bawa adalah kotor . Bukan itu saja , ada juga yang mendakwa diupah sekiranya hadir ke perhimpunan haram itu . 


"Pergi secara aman , berhimpun secara aman , dan bersurai secara aman"

"Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun disebuah stadium , kita bersedia berjumpa dengan mereka"

"Ini semua berlaku kerana perasaan nafsu Anwar ingin menjadi Perdana Menteri"

Petikan dialog - Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Tun Razak

Adakah dengan demonstrasi jalanan ini membuktikan bahawa BERSIH telah berjaya dan mencapai objektif mereka ? Kesan yang dilihat menunjukkan lebih banyak negatif berbanding positif . Wajarkah perhimpunan seperti ini dihalalkan ?



SEDIKIT PENDAPAT SECARA KESELURUHAN

Daripada apa yang I dapat tengok dan baca pasal isu ni , tak semua mengenai pembangkang itu betul dan tak semua tindakan kerajaan itu benar . In facts , I rasa memang kita ni ada hak untuk menyuarakan pendapat . Tetapi kenalah betul dengan caranya . Dan pihak yang terbabit tidak perlulah menggunakan kekerasan terhadap mereka yang tidak menunjukkan kekerasan . Perhimpunan tu perlu ke ? Maybe yes and maybe no . Masa ramai sibuk vote pasal agree or not agree perhimpunan diadakan , I vote for agree . Sebab tuntutan BERSIH tu sangat la masuk akal . 


Hey guys ! Wake up ! Diorang buat semua ni untuk siapa ? Rakyat la ! That's mean for us . So logically thinking , memang patutlah bersetuju . Siapa yang tak nak benda yang adil macam tu kan . Apa yang mereka buat ni umpama wake up call untuk kita , generasi baru . Dalam tuntutan tu tak ada pun sebut "sokong pembangkang , tumbangkan kerajaan" or whatever yang relate dengan ayat tu la . Jadi , wajarkah ianya diharamkan ?

Mungkin hal ni terjadi sebab pihak pembangkang tidak mempunyai medium yang kukuh untuk menyampaikan suara mereka . Contohnya , siaran televisyen kat Malaysia ni mostly memang kaki bedek kerajaan . Superrr duperrr 100% pro government la . Bila hal pembangkang pula , tak sampai 2 minit ia ditayangkan . Mesej yang nak disampaikan pun akan jadi berbeza . WTH is that ? Tiada unsur adil dan saksama di situ .



I bukan la nak kata pembangkang bagus or kerajaan jahat , tak kisah la apa yang all of them nak sampaikan . But please be fair and square . Nama pun demokrasi berparlimen kan . So jangan la asyik nak melebihkan sebelah pihak sahaja . Rakyat sendiri tahu mana yang betul dan mana yang salah . Pandai la mereka nak menentukannya . Mungkin ini yang menyebabkan kerajaan takut . Yalah , semua rakyat dah tahu fikir betul salah baik buruk . Kot-kot la ada yang salah kat kerajaan kan , kena condemn la nanti . Whatever la , I tak campur pasal tu . Pandai-pandai la pihak terbabit mengaburi mata rakyat asalkan dipandang baik :) Peace for government . Ngee .

Whatever people say about BERSIH , it's all done now . Tak kisah la siapa yang you sokong yang penting you tahu kebaikan yang you dapat . But still , for me politic suxx . All of that are really just a propaganda , conspiracy and lot of lies that never ever ends . Trust me :) Pssstt , yang penting undi itu rahsia okay !

Penat bebel dah . Smiley ni untuk you all :) Till then . ByeBye ♥

p/s : Just bagi pandangan I je pun . Jangan ada yang report then I kena tahan ISA pula nanti -.-" haihh

MV kali ni kena dengan tema jiwa I pasal isu ni :)

kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Friday, July 8, 2011

Reality of Super Junior | Voice VS Dance

ASSALAMUALAIKUM !

Hello my lovely babe and dude ♥ Sorry for the entry tittle . 

First of all . I nak say sorry kat peminat tegar Super Junior sebab entry ni ada kutuk sikit la pasal mereka . Bukan kutuk saja-saja . Just my opinion sebagai peminat K-Pop je . Bak kata para artis , siapalah mereka tanpa peminat kan :) Peace yaww !

Super Junior version BONAMANA

Berapa ramai yang minat Super Junior kat Malaysia ni ? Peminat Super Junior akan disebut sebagai ELF (kalau you minat SuJu , mean you adalah sebahagian daripada golongan ELF la) Ikutkan dari apa yang I nampak la , peminat memang ramai . Well , I sebahagian daripada peminat tetapi I bukan la peminat yang tegar *ceitt kira minat la juga tu -..-"


Sekarang ni kalau nak minat artis bukan susah pun . Search je nama artis tu kat kotak carian fesbuk . Bila dah jumpa terus like . Senang kan :) HAHA Tu salah satu page ELF Malaysian . 5841 tu kira ramai la juga . Tu setakat yang mana jumpa page tu je . Yang mana tak tahu page tu belum like lagi , belum kira lagi . Perghh ramai siot fans mereka . Mana tak nya , konsert show segala bagai haaa kat Malaysia ni . Super Show dah sampai 3 tahun dah diorang bikin kat sini . Gila ramai yang berebut beli tiket mahal tu . Okey fine , tak adalah mahal daripada tiket Justin Bieber kan . 


Super Junior datang Malaysia buat show , confirm la peminat tegar kena pergi tengok kan . Apa tunggu lagi , pecah tabung keluarkan duit simpanan , beli tiket ratusan ringgit . Everything is for MY SUPER JUNIOR -.-" HAHA Gila mahal la tu kalau sampai RM 376 . Ni kira kedua murah la . Yang paling murah pun RM226 . Seat memang yang line-line nampak bayang-bayang artis je kat ceruk ceruk penjuru :D Lepas tu penonton lain beriban pula tu . Haihhh .
Kalau dapat seat yang dekat colour merah tu memang beruntung la kan .

Ni la penonton beriban yang I cakap tadi . Bayar ratus ratus ringgit , pastu tengok artis kesayangan punya konsert dari jauh je . Gila sedih haruuuu siakk . 

Realiti selalunya memedihkan . Selalu juga orang cakap macam ni kan . Betul ke ? Entah la ya . Masing-masing punya pendapat . Sebenarnya I macam rasa kesian la kat ELF ni . Yalah , habis duit banyak-banyak sebab nak tengok artis fabereto diorang punya konsert , tapi Indah Khabar dari Rupa *ceitt bermadah pula :D Dalam Music Video , punya la superb . Tapi real concert agak mengecewakan . Dari segi dance tak ada yang lacks . But kalau nak ikutkan suara , I prefer the MV one ! Sebab apa ? Haaa sebab you tengok dan dengar sendiri . That's a reality of Super Junior .

Ni memang fabereto I . Sedap kot suara masing-masing . Dengan alunan muzik rancak yang syahdu menggegar jiwa . Perghh memang awesome la !

Tapi yang ni pula dah tak macam yang kat atas tadi tu . Okey, dari segi tarian memang SuJu paling superbb . Suara pula , macam dah jadi lain je berbanding dengan MV asal . Haishh asal ekkkk ? 

Hurmm , entah la kan :) Ni cuma pendapat I . Lain orang lain pendapat . Dan lain orang lain cara menyampaikan . Mungkin ni cara I menyampaikan pendapat I . You pun dah tengok video clips tu sendiri kan . But still , I tak ada la kata tak suka dengan Super Junior . Cuma kecewa je . Btw , peace Super Junior and ELF :) Smile tu untuk you all :D

Till then . See yaa ♥ ByeBye .

p/s : Super Junior semua hensem :) Lagi-lagi Yesung ♥ ngeeee 
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1 | FT Island ♥

ASSALAMUALAIKUM !

Hey peeps ! Err kesian I baru nak mulakan Wordless Wednesday -.-"
Okay memang NOOB sebab ketinggalan .

Seriously I'm WORDLESS right now .

 
 First until third picture tu masa band FT Island still dengan Oh Won Bin . 
But now dia dah keluar dari band . 
So picture number 4 and 5 tu dia dah digantikan dengan Seung Hyun . 
FT Island fighting ♥

Okey guys ! Till then , Bye Bye . Macam biasa la MV tak boleh tinggal .

MV : FT ISLAND ♥ Because I Don't Know How To Love
(sedih gila ; wajib tengok!)


p/s : kalau you ada meleleh air mata tengok MV ni , memang you superbb !
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Monday, July 4, 2011

Own Hand-made ♥ SUSHI

ASSALAMUALAIKUM !

Hello peeps ! Long time no see right :D I really miss you guys a lot lot lot HAHA

Today I wanna share you on how to make sushi . I LOVE SUSHI ♥ you guys tahu tak sushi tu apa ? Tipu kalau tak tahu kan . Serius tak tahu ? Okey fine , pergi google sana ! AHHAAAHAA :DD

Well , seriously I jenis yang senang dan cepat bosan kalau duduk rumah . So I akan cari benda yang boleh dibuat untuk menghilangkan kebosanan . Salah satunya adalah dengan menonton DVD . Paling latest I tengah tengok cerita Midas ♥ . Sumpah best sebab No Min Woo berlakon . Even dia bukan pelakon utama , I still rasa ianya drama wajib tonton ! But I suggest you all jangan tengok la kalau tak minat cerita yang relate dengan bisnes , investment , bond , stock , merger , acquisition , segala bagai ni la . Sure you akan ngantok and the very very muchie sleepy ! HAHA 

Tapi takkan la asyik nak menghadap DVD je kan . Mesti ada benda lain gak nak kena buat . Well , daily routine tak payah cerita la . Memang banyak . Memasak tu hari hari dah memang kena buat . Sampai satu hari dah sampai tahap bosan gaban , I terus ajak my lil sis pergi shopping sikit barang dapur . Sebab I tetiba rasa macam nak bikin sushi je kan . We all pun pergi la Leisure Mall kat Taman Pelangi tu . Beli nori seaweed , cheese chicken cocktail , crab stick , dan segala bahan makanan yang rasa macam nak dikunyah . Lepas tu singgah CoolBlog kejap beli bubble tea ! yummm ♥

OPERASI BERMULA PADA WAKTU MALAM 


Bahan-bahan :
Beras Jepun ( cari kat pasaraya )
Cuka ( Cap Tamin best ! )
Gula
Garam 
Nori Seaweed ( depends la nak yang pendek or panjang )
Tikar buluh penggulung ( tak ada pun tak apa )
Mayonaise
*Crab stick
*Tuna spread ( yang dalam tin tu )
*Cheese chicken cocktail
*Carrot / Timun

*ikut suka hati you nak letak apa . Kalau rasa suka salmon , ganti dengan salmon slice . Nak letak telur dadar potong pun boleh :)

FIRST STEP
Mula-mula sekali , kumpulkan bahan yang nak digunakan untuk buat sushi . Lepas tu , tuang beras dalam satu cawan , then basuh beras macam biasa . Kalau nak buat banyak , boleh pakai dua cawan beras . Selalunya I buat satu cawan je . Tu pun dah nampak macam banyak . Dah siap basuh , masak beras tu . Satu cawan beras bersamaan dua cawan air . Tunggu sampai kering .

SECOND STEP
Sementara nak tunggu nasi tadi kering , boleh la sediakan bahan lain untuk buat inti sushi . Kalau yang mana suka tuna tu , boleh la keluarkan tuna then letak dalam mangkuk . Agak-agak la banyak mana sukatan untuk you makan . Lepas tu campurkan mayonaise sikit . *Kalu tak suka mayo , tak payah letak pun tak apa . Gaul rata . Then , segala bahan lain , you all boleh celur (rebus sekejap) . Crab stick , udang , timun , carrot , semua tu la . Yang mana pakai timun / carrot tu , lepas sejuk je , dah boleh potong memanjang . 


err tangan ni nampak kurus sebab that's not me 
I guna crabstick , cheese chicken cocktail , dan tuna spread je .

THIRD STEP
Nasi pun dah siap masak kan . So sekarang masa untuk sediakan bahan campuran nasi . Bagi sukatan secawan nasi - 1 1/2 sudu cuka , 2 sudu gula , 1 sudu garam - tambah air sedikit kemudian kacau sehingga larut .  Nasi tadi boleh tuang ke dalam satu mangkuk besar then you boleh campurkan larutan ke dalam nasi . Gaul nasi dengan larutan sehingga sebati dan biarkan sehingga nasi sejuk . 

FORTH STEP
Nasi dah sejuk . Inti pun dah tak sabar nak di campur dengan nasi . So tunggu apa lagi . Masa untuk bermula !

 Ambil nori seaweed yang besar dan letakkan atas tikar penggulung *kalau tak ada tikar tu , pandai-pandai guna ikhtiar lain . Mula-mula sapukan mayo ke atas seaweed dan letakkan nasi . Lebihkan seaweed sebab nak memudahkan proses menggulung . Dah ratakan nasi , lepas tu sapu lagi mayo kat atas nasi . Make sure mayo yang you all letak tu tak adalah banyak sangat , kang benyek pula *yang tak suka mayo , skip step mayo ni . Lepas tu letak inti kat tengah-tengah secara melintang . *tidak sesuai untuk inti tuna . Dah habis letak inti , gulung dengan bertenaga sehingga padat . Dah habis gulung , boleh la potong ikot saiz mulut nak makan tu ya ! heee


Kalau tak nak buat sushi gulung , boleh buat sushi bentuk oval / petak . You all boleh kepal nasi bagi bentuk oval ataupun guna acuan petak . Lepas tu sapukan mayo atas kepalan nasi tadi , seterusnya letak crab stick / tuna / segala yang you all nak la kat atas tu . Ikut kreativiti you la ya ! hehee . Nori seaweed tu boleh letak kat keliling nasi / lekatkan macam kat gambar . 


LAST STEP
Sekarang kira dah siap la . Boleh la disusun rapi dalam tupperware / piring . Then time to eat ! Kalau nak lagi sedap , letak sekejap dalam freeze . Sementara tunggu sushi tu sejuk , boleh la you all mengemas peralatan tadi . Basuh semua kasi bersih , then penat-penat terus makan ! Memang berbaloi . Lagi-lagi bila dah buat sendiri kan ! Yummm ~


Sambil-sambil buat sushi tu , I sempat juga la bergambar . Snap sana snap sini ! HAHA sentiasa menghadap lens ! Tak tinggal ekk perangai tu :D ngeee .


Hope you all pun enjoy buat sushi ! I dah selalu buat but still tak pro lagi . Kena rajin buat agaknya baru boleh bikin cantik gila . HAHA so enjoy your sushi guys ! Ajak sibling buat sekali lagi best :) heheee . Okeylah . Got to go . Till then ♥ ByeBye :)

p/s : credit to Lola Carolina aka Zur Farahanis (my lil sis) for assist me preparing the inti ! 

As usual , mesti kena ada MV kan :) So I nak promote MV Super Junior . Best la lagu ni . No Other ♥ Nah ambil ni layan . Kali ni tanpa lirik la okay . Hehe . Malas pula nak google lirik ye . lalalala ~

kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity