ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely Whoopers.
MAAF ATAS PENGGUNAAN BAHASA YANG ANEH DI DALAM ENTRY INI
SPECIAL ENTRY
WHOOPERS 1ST ANNIVERSARY
[AMARAN] POST INI AGAK PANJANG DAN MERAPU
SAAT BERSAMA WHOOPERS
Okay actually tak tahu nak cerita macam mana sebab banyak gila yang nak diceritakan tapi bila dah type ni jadi macam blur blur gitew. So ringkaskan je la ceritanya haha. Boleh dikatakan kalau online tu memang first thing first to do is buka page Whoopers la. Sehari tak check group memang tak sah. Banyak gila yang eden dapat dari Whoopers ni. Semua benda memang up-to-date la senang cerita. Sampaikan kalau satu post menarik tu memang komen boleh sampai beratus. #TeamKlanung punya post pun dah cecah 1K+ siap semua unfollow post HAHA. #TeamPervert punya post pun mak haih banyak juga komen lol. Tapi yang paling best #ForeverAppleTeam la yang paling hebat hahaha. Hanya individu terlibat sahaja yang mengerti lol. Okay rahsia okay rahsia. Tak sangka dah setahun dah together-gether. Nak cerita sejarah Whoopers rasanya dah ramai yang story pasal ni. So baik teruskan dengan point seterusnya lol. Sepatutnya cerita pasal first impression but memandangkan aku ni barisan terawal Whoopers so tak perlu la. Kang kalau letak, orang cakap aku ni perasan sendiri pula puji puji bagai.
BIAS & MADU
Yang ni sangat la particular. Well semua kenal kot siapa laki aku. OMG gila tak kenal laki aku! Nak makan penampar namblas kali la kalau buat-buat tak kenal. Dulu aku loyal gila la siot T-T tapi sejak laki buat hal dan kuat menggatal, aku sendiri pun dah tak tahu macam mana nak jaga laki aku tu. Memang tak boleh dikawal. Seriously di luar kawalan T-T wuuuuuu ;~; so aku pun pergi la menggatal dengan orang lain.
SS501 FTISLAND VIXX SPICA
Semua sekali dalam tu semua bias eden. Peduli apa HAHAHAH lantak la nak kata tamak haloba ke apa kan hahaha. Dabel S 5 0 1 yang dulu dikasihi sepenuh hati tapi sekarang dah berpecah untuk sementara waktu. Walaupun begitu cintaku tetap mendalam untuk mereka nyahaha. Dulu gila mati suka kat Kim Hyun Joong tu tapi sekarang dah tukar lol. Baru je tukar hahaha baru tak sangat lama pun tak juga. Tapi dia dah pergi berkhidmat untuk negara pula. To my dear Kyu \sexaaayyy guy -,.-/, semoga pulang dengan selamat lol. Untuk FTISLAND pula, dulu aku jatuh hati kat Hongki sebab husky voice yang macam minta penyapu hinggap kat betis enam kali tu, then macam mana entah aku boleh pindah pula kat Hoonie \omg fuckin hot guy -,.-/ HAHA memang tak logik. Ni satu-satunya band yang aku sayang gila-gila sampai semua album kalau boleh kena beli pre-order lol. Dah cukup dah dah dah. Tak payah nak bebel sebabnya. Nak suka someone tak perlu sebab, nak benci pun tak payah nak bersebab.
Eden tahu ramai yang tengah gila-gilakan VIXX sekarang ni. Rasanya ni la satu-satunya group yang aku follow up since before dorang punya debut until now. Semangat gila kot layan Mydol tu. First tengok dah fall in love dengan Jung Taek Woon \simpan Leo dalam wardrobe/. Suara dia gila merdu. Boleh tangkap lentok. SPICA pun sama. Diorang rookies tapi daebak gila! Kim Boa OMG OMG!
Nak letak list madu tapi ada ke yang bias dia termasuk dalam empat group tu? Okay yang ni eden pakai letak je, berdasarkan apa yang dirasa dan difahami. Kira yang disebut ni dah diperakui la lol. Nana (FTISLAND), Ikaa & Nurd (VIXX), Seri & Eisya (Kris EXO) \okay yg ni bukan ultimate bias lol/, Apis (Yunho TVXQ) \bukan ultimate juga/-.-" Kalau tak disenaraikan tu bagus la, kira anda bukan madu saya haha. Tyka my #MelodramaMates ada biased VIXX juga kan? Unnie pun tak sure so tak tahu la nak letak ke tidak. Tapi kita forever #MelodramaMates dan bermadu untuk suami yang busy berlakon hahaha boleh macam tu?
WHOOPERS YANG RAPAT
Eden rasanya rapat dengan semua Whoopers. Eh ye ke hahaha. Sorry la kalau ada yang rasa eden ni ignore dia ke apa ke kan. Sebab tak terniat pun nak ignore. So yang tak termasuk ni jangan terasa hati sebab semua eden sayang sama rata \ayat geli -.- muntah kahak biru/ lol. Okay yang list ni secara random je. Tak ada yang first second ke apa lmao. Kalau yang kena list ni rasa diri dia tak rapat dengan eden pun lantak. Ni sebab eden rasa eden rapat dengan korang lol tak tahu berbual apa dah ni. Explanation tu mengarut je erghh. By the way eden sendiri pun terlebih dari lima hahaha.
- Apis - Aku pun tak tahu kenapa aku rasa rapat dengan dia ni lol. Okay noona rasa senang berkawan dengan apis maybe sebab umur kita pun tak banyak beza. Lagi, eden rasa dia banyak berbual dengan eden. Banyak benda yang kitorang share. I mean in opinion la. Bukan share benda lain lol. Dia selalu juga tanya pasal album la itu la ini la. Kitorang rajin text plus inbox lol. Whatsapp pun tapi since bis tengah tak hidup ni memang jarang sikit la nak berwhatsapp tapi still inbox sentiasa hahaha. Macam-macam kot kitorang gossip. Kadang-kadang benda tu merapu je. Benda tu tak boleh share sini la lol dangerous. Nae dongsaeng, saranghae kekeke.
- Alia - Unnie rasa Alia macam senang dibawa berbincang lol spamming geng la. Maybe sebab bila unnie online, lia selalu ada kat situ kot. So kita je yang tinggal untuk spam bersama. Haaa lagi satu ingat tak fanfic yaoi yang kita share together tu? Hahaha comel je bila ingat balik kita spam pasal tu lol. Otak lia gila-gila memang boleh masuk hahahhaa. Kesian kat Kevin mu tu kena tinggal. Sekarang lia kan asyik CAP je haihh lol. Ermmm unnie sayang Alia dengan CAP sangat-sangat hahaha. Malam ni CAP dengan eden ye hahahah \baling bantal kat muka Kevin/.
- Nana - Haaa maybe unnie banyak berbual pasal selain dari kpop issue kot. So boleh consider rapat. Unnie dah anggap Nana macam adik sendiri dah. Yang lain pun sama la macam adik juga tapi kat Nana feel lebih sikit lol. Nana pun banyak tolong unnie dalam kenal photoshop, fanfic dan semua benda tu la. Thanks Nana nyahaha. Unnie nak buat ucapan panjang meleret tapi tak reti la. Rasanya Nana je la yang unnie ada kongsi pasal FTISLAND lol. Selera kita ni kira ada yang sama juga walaupun banyak yang tak sama lol merapu apa ni haha.
- Milo - Ni bukan milo yang minum milo anda jadi sihat dan kuat tu. Ni ain kak aini sang milo bulat-bulat. Okay walaupun dia ni kecil lagi. Kecil la sebab lagi muda dari eden lol. Semua muda dari aku -.-" Erghh kbye lol. Milo ni teman mengharu biru eden. OMG sayang gilo kat milo ni! Dia la yang selalu teman eden main game mengarut yang tak pernah dibuat orang. Main sambung lirik dalam satu post la. Macam-macam la yang dah pernah kitorang try lol. Cookie sayang Milo tahukk! Sebenarnya banyak yang Cookie nak bebel pasal Milo kat sini tapi macam tak apropriate la pula. Sayang Milo sampai mati! Erghhh \menangis air mata darah putih salju/.
- Wana - Unnie tak tahu nak explain macam mana tapi kita rapat la juga kan hahaha. Walaupun unnie selalu blogwalking kat blog mu sebelum kita bersama tapi tak pernah pun tegur haha. Rasanya Wana ni pun selalu muncul waktu eden online. Dia selalu teman eden fangirling lol. Lepas tu banyak yang Wana dah tolong unnie lagi-lagi pasal blog code. CSS apa semua ni. Pasal Kevin tu jangan jelly jelly okay. Next time Wana mesti dapat jumpa dia hehehe. By the way thanks sebab buat entry birthday untuk unnie. Terharu gila kot \menangis sesungai Han/ OMG! Sayang Wano forever and ever ngehehe. Sebelum terlupa, terima kasih sangat-sangat sebab banyak kenalkan unnie dengan underrated group yang mostly daebak gila lagu diorang tu! #BalladsJjang lol.
- Arabeoji - Siapa arabeoji ni? Hahahahaha dia la Dira yang perasan kawaii padahal pervert and the most pervert lol. Dulu ingat lagi dia bukan main semangat belajar math kat Whoopers siap suruh eden ajar lol. Bagus siot belum naik sekolah dah siap revision. Bagus ni pelajar contoh. Patut dapat anugerah cemerlang lol. Lepas tu kitorang ada berebut Gyu sampai jadi fanfic spontan. Kalau dah start mengarut dengan dia tak tahu la apa yang akan jadi dengan ayat seterusnya. Kononnya visual Whoopers la itu la ini la puihh hahaha. Dira, walaupun mu pervy eden tetap sayang kat mu lol. Tak lupa juga dia ni pencetus sub-unit Whoopers untuk mereka yang most pervert hahahha \tak boleh blah siot/.
- Yadong - Yadong pula dah haha. Siapa yadong ni? Hahaha Dayah ler #ForeverAppleTeam lol. Kitorang punya post pun hebat boleh kalahkan #TeamKlanung okay. Ni sekali dengan Jojo tapi dia macam dah kurang berfesbuk so kurang dah kerapatan kami \lari bawak diri tepi katil/ erghh. Dayah ni satu-satunya madu aku dalam dunia J-Pop. Madu? Bolehlah sebab dia bini Kat-Tun dan aku layan Kat-Tun even aku stan Arashi lol. Sampai macam-macam nama lekat dekat member Kat-Tun hahaha. Gucci la naik haji la omg banyak gila. Haaa so kira madu la sebab pakcik Johnny tu pun pakcik dia juga, err wait atuk Johnny la. Okay whatever nevermind -.-" HAHA Lagi satu, seriously dia je yang macam faham pasal kehidupan aku. Maksud aku kehidupan budak-budak 90-liner. Kitorang minum susu apa, main game apa, layan kartun apa, pakai barang macam mana. Semua dia tahu. Even rancangan apa yang top masa aku kecil tu pun dia tahu. Disebabkan tu juga la unnie rapat dengan Dayah kan lol. Jangan main buah epal dekat tempat yang bukan-bukan ye Dayah. Unnie tak nak bertanggungjawab atas kesukaran yang dialami. Salah satu contohnya, epal scene dengan blender ataupun dalam freezer. Itu amat tidak digalakkan hahhahaha. Kalau bath tub tak apa lol \sepak muka Jun tiga puluh tujuh kali/.
Ada banyak lagi yang nak dibebelkan dan disenaraikan tapi tak menang tangan nak list. Jangan terasa hati ya. Bukan tak nak masukkan tapi diorang ni yang memang kira tengah sangat dan sedang terlalu rapat lol. Tak tahu la kenapa aku merapu macam ni sekali. Sungguh sakai sikap ini. Jangan ditiru. Yang penting, eden sayang semua lol. Ana, Seri, Eisya, Jojo, Tyka, Najun, Nurd, Ikaa, Alis, Nadira, Aina, Lily, Qay, Riana, Elin, Fyra, Hana, Arina, Pikah, Taja, siapa lagi siapa lagi, Dhillah, Afiqah, Ain, Nick, Bibim, Yia, Hannan, Aida, Atq, Yaya, Aff, OMG RAMAINYA *o* lagi lagi, Enul, Lina, Aimi, Maz, Asha, Anis, Sarah, Dyana, Eisha, Yoon, Hafzhan, Na'na, Nafaa, Nani, Wanis, Hazirah, Zaty huh huh huh \semput weyh semput/ ada lagi ke yang tak disebut tu? Sorry la dah putus nafas dah ni lol.
Malam tadi ada event Whoopers yang julung kali diadakan cewah. Kitorang ni hebat siot siap ada Whoopers Awards bagai hahaha. Dan alhamdulillah aku berjaya merangkul tiga anugerah lol poyo gila. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Nak tahu apa yang eden menang? Tu tengok kat gambar atas tu haa. Klik untuk tumbesaran mendadak. Paling bersyukur sebab dapat The Most Caring Member Award tu. Kira aku ni penuh kasih sayang la. Berbaloi juga aku curahkan kasih sayang aku kat Whoopers sampai dapat anugerah tu. Ceh bajet bagi ucapan macam menang dua juta hengget la pula.
Macam-macam benda yang wujud kat Whoopers ni. Salah satu daripadanya Sekolah Whoopers. Masa mula-mula dulu siapa entah yang suggest untuk buat sekolah ni. OMG lupa la pula mian mian \bow 90 degree/ eheemm. At last eden wujudkan juga untuk korang semua.
Lagi lagi lagi! Whoopers memang mostly peramah sebab tak segan nak skype skype bagai dengan semua members. Ramai gila la yang join. Ada Nurd, Ikaa, Wana, Eisya, Wanis, Abby, Dhilah, Riana, Seri, Dira, Nana, Milo, Adlin, Ana, Sofia, omg ramai lagi la. Sorry kalau tak disebut. Otak dah jammed tak boleh nak ingat semua nama T-T
Dan yang paling best sekali! Whoopers kaki spam. Tengok tu notifications aku laju macam curahan koko ke ladang gandum dan puuffftt jadilah koko krunch -.-" Erghh merapu lagi \sepak diri sendiri/ lol. Tapi aku suka bila ada sesi spamming ni. Sebab Whoopers memang tempat untuk spam pun. Tak kisah la nak cerita pasal apa pun, semua boleh. Sakit perut, sakit gigi, sakit hati lol semua boleh. Putus cinta ke, ada kekasih baru ke hahahha semuanya memang dikongsi bersama. Nak kata perasaan awkward tu memang macam dah tak ada dah. Kalau kes ignore bagai tu, dulu memang ada yang selalu rasa kena ignore padahal bukan orang nak ignore pun just maybe masa tu banyak post then orang tak perasan post korang lol alasan ni reasonable ke?
DEDICATED FOR WHOOPERS
Dear Whoopers yang amat dikasihi, sorry kalau eden ada terkasar bahasa serta terlebih gurau yang menyebabkan mana-mana bahagian anggota badan anda lebih-lebih lagi pada bahagian mental menerima kecederaan. Tak pernah terlintas pun nak menyakitkan hati. Kalau ada, selama ni eden just bergurau je. Don't take it serious. Korang semua memang dah dianggap macam family eden sendiri. Thanks sangat-sangat sebab sudi menjadi sebahagian daripada Whoopers dan kongsi segala suka duka korang bersama. Tanpa korang, Whoopers memang tak bermakna pun. Tak kisahlah yang dari awal lagi join ataupun yang baru join ataupun yang dah lima enam tujuh bulan join. Korang semua Whoopers. Once Whoopers, Forever Whoopers! Hope kita semua akan tetap bersama sampai bila-bila. OMG! Sayang korang muahmuahh \kisssseeuuu plus hug/.
Whoopers? Apa yang eden rasa tentang Whoopers? Lagu ni memang dah lama gila eden nak kasi kat korang semua. Lagu apa? Lagu kat bawah ni haaa! Whoopers buat eden rasa gembira, bahagia, sentiasa tersenyum, gelak bagai, menjerit-jerit apa semua. Erghhh imma speechless. Tak tahu macam mana nak cakap. Tak terkata la senang cerita haha. Lagu ni ada dua versi. Original version by H.O.T dengan remake by Super Junior. SM Family sponsor lagu untuk Whoopers Family lol. Yang tu joke -.-" I'm not SM stan kekeke. But to be honest, Whoopers always give me a lot of happiness and I can't describe it with such a word. Whoopers Family, saranghaeyo! Forever jjang!
Layan dua-dua version pun boleh! HAHA
I LOVE WHOOPERS ♥
Till then ByeBye
p/s - MV untuk entry kali ni? Layan je yang dekat atas tu okay.
kiddozoey