Thursday, December 30, 2010

ngauman harimau muda kedengaran setelah 14 tahun dilanda kemarau

ASSALAMUALAIKUM !

yeahhh ! MALAYSIA BOLEH ! MALAYSIA apa ? MALAYSIA BOLEH ! MALAYSIA apa ? MALAYSIA BOLEH ! hehehehee . akhirnya Malaysia berjaya juga menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia setelah 14tahun tidak memenangi piala tersebut . hebat kan Malaysia , mestilah . negara tumpah darah tercinta i tuh .

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2. Pada perlawanan malam ini, Malaysia telahpun berjaya memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88). Memang tak disangka kaki pemain Malaysia jugalah yang menyumbatkan gol untuk sang garuda kan . Malaysia ni memang hebat sebab tak cukup gol sampai yang seberang punya pun disumbatkan sekali .

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara tercinta kita , Khairul Fahmi Che Mat. Walaupun begitu nasib Malaysia mengalami kekalahan (adat kot kalah menang) pada perlawanan malam ini , harimau muda kita telahpun menunjukkan kehandalan mereka pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan berjaya menyumbat sebanyak tiga biji gol tanpa dibalas serangannya oleh sang garuda .

bukan main lagi penyokong kita ni , siap kibar bendera masa gol tadi .

memang penuh kedai mamak sampai tak cukup seat .

memang bestlah Malaysia main . walaupun kalah second round ni (sebab ada bambang kot) still the CHAMPION . sygs my RAJAGOPAL . hahahhaaa . MALAYSIA BOLEH ! see u guys next entry . muahhh . xoxo .


credit to mamat gile (gile tu lupe nak backspace, sorry) sebab snap pict ni tadi . 
kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


No comments: