ASSALAMUALAIKUM !
Hello readers my love ! Huhuu, okay okay. Thanks utk menyinggah dan mengview blog I. Hehehe. Kali ni apa pula la yang I nak bebel panjang ann. Uhmm, I dengan penuh berbesar dan berbangga nyaaa hati ni nak post pasal Bangsa Johor. Satu-satunye negeri yang ada bangsa sendiri aww. Negeri lain ada ke ? Tak ada ann. So tak payah nak banyak bunyikk. Hahaha. Cehh, actually I ni bukannya pure Johor pun. Perasan jepp Bangsa Johor (check IC jupp, huhuu igt sikit middle kau tuh 14 oke Zurliana!) Hahhaha. Errr, mana ada! Kalau dah parents I Johoreans, means automatically I pun Johorean la kann. And JBrians well of course! Hahahaha. Saya bangga jadi anak BANGSA JOHOR! Okay, enough sebelum kau meleweyh lebih berjela lagi. Baiklah, teruskan cerita .
Benda yang paling importantee sekali untuk I bising-bising kat sini adalah pasal bahasa Johor ni . Ekk elehh , mende lakk nih ada bahasa Johor ni ? haha , memang ada . Ingat Kelantan Kedah dan sekutunya je ke ada . Johor pun ada la babe ! Huhuuu . Dan I sendiri as a person and human being yang dah menetap kat JB more than 6 years menggunakan bahasa tuhh okay . Sampai sekarang memang dah lekat dah kat lidah I ni . Tak boleh nak wat camne lah kan . Kekadang uhh , bila terkeluar perkataan-perkataan sedemikian , ada gak ahh dak kelas I yang tarik muka pelik sebab tak faham . Then I kena dekakk . Adoii , mende tahh . Dah diorang yang tak faham , I pula yang kena bahan =.="
Budak Johor pelik-pelik ke ? Ramai yang memandang dak johor ni pelik esp dak JB yang lebih kronik pelik nya . Tapi bagi we all takde yang pelik pun . Semuanya still normal jepp selama kat JB ni . Hahahah , story sikit tang mana pelik tuh ? huuhuhuu . First of all pasal fesyen kott . Yess , Johor memang dunia fesyen , lagi-lagi bila makin turun ke JB . Makin luas la pengaruh fesyen yang menular ke daerah tersebut . Macam-macam matching style yang dikenakan . Pasal isu skinny tuhh , sekarang ni sampai dah tak terpakai dah kot tapi kat KL baru memperagakannya ? huhh , lambat siaakkk dak KL nye update (alamak KL tuh kg I ahh) hihihiii .
Next I direct go through to bahasa yang kononnya pelik bagi bebudak luar Johor . Perkataan yang memang susah nak lari la dari mulut dak Johor ni adalah "Ekkk" . U all perasan arkk ? Ada ann . Mesti ada ekk . Sebab kenapa entahhh . I sendiri pun tataw la . Dah terbiasa kot . Sebenarnya "Ekk" ni menggantikan tanda soal . Which mean ada question mark la kat ayat we all . Contohnya macam , "Weyh, lecturer tadi cerita apa jepp ekk" yang membawa maksud , "Weyh , tadi apa yang lecturer ceritakan dalam kelas?" Hhahahaha . Lebih kurang camtu lahh ann .
Perkataan lain yang agak familiar lakk adalah "Seyhh" . huhuhh , ni mesti ramai tahu ann . Yup , ni cam Singapore sikit ahh , tapi faham-faham ahh Singapore Johor sebelah jepp . Lagi-lagi kalau kat JB uhh . Memang tipu la seyhh kalau tak pernah guna perkataan seyhh ni . "Seyh" ni selalunya guna untuk mempowerkan lagi ayat la . Kire nak membuktikan sesuatu yang teramat amat laahhh. Contoh; "Perghhhh, cantikk seyh baju kaw. Mane beli" maksudnye baju tuh memang cantik gilaaaaa ahhhhhhh. Okay, sure u all dah faham. Next please. Huhuuhuu .
Next word I susah sikit nak explain . Tapi yang mana dak JB / Johor uhh mesti faham ann . Perkataan "siot" . uhmm "siod" ke "siot" ke sama je lahh bunyi nya, tak kisah nak eja camne. I selalu kena bahan sebab memang dalam sehari lebih 10 kali rasa sebut sioddd. Hahaha, memang siod tol dak kelas I ni ! grr -.-" Siod ni macam kita guna untuk menggambarkan perasaan bengang/nyirap (nyirap tuh ape lakk **nyirap/menyirap-panas hati) bila ada orang cakap / buat benda yang tak best ahh kat kita annn .
Haaaa , seterusnya pasal mostly word yang last dengan "ar" will be replace dengan "or" . errr , tak faham ekk . Contohhh , Muor Muar Seluor seluar Besor besar Selipor selipar Bandor bandar Bayor bayar . Pronounce ni memang pekat gila ahh especially dekat area Muor tuhh haa . Hahaha . Lagikk satu , banyak gak benda yang kat Johor ni dah ditukar nama . Macam almari , orang Johor tak panggil almari . Memang susah nak dengar lah orang sebut almari sebab kat Johor selalunya we all sebut gerobok/robok/gobok . huhhuuh . Karipap pun sama . Dah takde nama karipap dah . Kalau orang yang luar Johor tuh jejalan kat Johor then rasa nak makan karipap , cari signboard "Karipap jual di sini" memang tak jumpa ahh . Sebabnya karipap tuhh dah ditukar kepada epok-epok la dherrr . Hahahha . Kalau nak makan karipap , carilah signboard epok-epok sekiranya anda berada di sekitar kawasan Johor . Huhuhuhuu . Ehh , sebut pasal karipap teringat lak I kat goreng pisang . Selalunya kalau tempat jual epok-epok ni ada jual pisang gegorengrengg sekali . Pisang goreng Johor paling mabbelessss seyhh . Yelahh , mana ada negeri lain makan pisang gorang cicah sambal kicap pedas . Johor jepp yang buat tahu arkk . Huhuuu .
Then , kalau u all ada kat dalam kawasan Johor (selain JB ahh) bersama dengan sekutu Johor lahh ann , pastu ada lak membe u tuh yang sebut "ehh , aku ingat nak turun Johor lah esok" . Haa , jangan pula nak buat pelik dah tuh blank sebab fikir betul ke tidak aku kat Johor ni ? dahh tuh nape dia nak gi Johor lagi ? Hahaha . Kalau u tanya soalan tuh kat membe u memang konpem makan nasi lauk sambal penampar . Kebiasaannya , budak-budak yang luar JB (batu pahat contohnya) memang akn sebut JB tu sebagai Johor . So harap maklum lah kann . Wahhh , kalau nak story semua memang rabak ahh camni . Nahh hambekkk ni I bagi kamus siap kat u all . Ni kamus Johor kebiasaan nye yang banyak pakai daerah Pontian ahh . Sebab kan Pontian ni lagi dasyat seyhh . Siap ada Kamus kat mukim nye aww . Huhuu , Johor memang gerekk seyhh . Hahahah .
anu 1 fulan, polan, cth "Si anu tu, bila nak datang?"; 2 thingy, cth "Anu dia tu nampak ek?
baghal 1 donkey; 2 bodoh
belon acah 1 children's game;
bénak slow (lambat nak tangkap)
béndul
béngap slow, tgk benak
besen (dari basin)
biang 1 gatal,
biang 1 gatal,
bobos 1 bocor krn berlubang besar (juga bolos); 2 terlepas
gébar kain selimut
képala dang "ring leader" esp. kalau ring leader tu a bit nakal and encourages others to do something with him/her, usu. that something tu akan menimbulkan kemarahan ibu bapak, guru, kakak, abang, adik or sesiapalah yg jadi sasaran.
kérit rasa malu terutama perubahan pada air muka
mémbeser: 1 Takde kerja lain kencing memanjang (especially kat tilam bukan tandas);
mémbuta: 1 Tidur sepanjang masa (especially waktu siang);
mémékak (dari pekak) membuat pekak, membising.
mémérut (dari perut) membersihkan perut, buang air besar (berak) lama dan/atau banyak (mungkin juga berbau). Cth "Hah...sekarang melantak, kang (sekejap lagi) memerut pulak!"
méngélatat takleh duduk diam
méngélényar 1 takleh duduk diam, see menggeletis, menggelitik, gatal, mengelatat.
ménggélitik takleh duduk diam.
ménggélétis takleh duduk diam.
méngular bersifat seperti ular kenyang, duduk diam tak berbuat apa-apa walau pun diapa-apakan juga, lepak habis.
na/nohh (from benar) sangat, cth "Tak nak pergi nalah rasanya." (benar-benar tak mau pergi)
nonong tanpa memperdulikan apa-apa pun, cth "Nonong aja dia jalan, sikit pun tak tegur."
sécotet-tet sikit na
se'eh 1 malu muka;
ekel kaedah mengetuk kepala dgn jari (tengok jotos);
séménggah kemas, rupa fizikal yg senonoh. tak séménggah = tak kemas, tak senonoh, berserabut; cth Perangai tak semenggah, tak hingin aku buat menantu; Buat kerja tu biarlah semenggah, kalau tak, baik jangan buat."
tenggek 1. (tenggek nasi = masak nasi); 2. tak muat krn kecil, (songkoknya tenggek); 3. to parasite (asyik kerjamenenggek aje dia ni!)
téngeng 1 mcm se'eh. Biasanya digunakan dgn muka, cth Sibuk2 sangat kempen, sekali tak menang, téngengmuka.
téngek bau seperti minyak kelapa lama
Perghhh , gilaa banyak kann . Ni pun tak habis paste dari kamusnya . Huhhuu . Ikotkan memang melambakkk lagikk . Takpe ahh . Cukup lah kann setakat ni untuk information u all . Tangan I ni pun mcam dah gegel dah menaip tanpa henti . huahaha , so see guys next entry muah muahh darls . huhuu .
kiddozoey
2 comments:
nice entry! saye pon johorean. wee ;p
ezan .yeahh . johoreans RAWRR ! :)
Post a Comment