Sunday, March 27, 2011

Benda Lucah Apa Ni ? Yewww Suck Gila !

ASSALAMUALAIKUM !

Hello guys . Bosan ni . Jalan-jalan kat blog orang nak ? Jom jom . Hehehe . 

Sumpah memang bosan . Tapi geram betul lah . Masa tengah bosan camni lah tunek bokbeng *internet I ni nak main lumba lari siapa paling slow . Huhhh ! Sabar je lahh kan . Haaa I ada benda nak bising bising ni . Geram betul laaahhh kan . Benda ni asyik keluar je kat Facebook I -.- Rasanya you pun mesti selalu dapat benda-benda nonsense mcm ni kan . Dah dekat nak seminggu dah . Adoi !

abaikan profile picture mereka . sebab mereka ni hanya mangsa

See ! Anybody can please tell me ! What the Hell actually are this ? Huhh . Bukan empat je , melambak lagi . Nak paksa orang klik lah tu ! I memang tak kan klik pun kalau ada ayat pelik macam ni siap ada link segala bagai . Dulu cukup lah IM fesbuk I tuhh kena hack sekali . I hate SPAMMERS on FB ! grrr . 

Cara diorang nak spread benda macam ni cukup mudah . You all perasan tak dekat wall Home FB you all tuh ? Kat news feed laaa , kan ada friends you yang likes a link *ada video ala-ala lucah gitu . Kannnnn ? Haaaa confirmnya lah kalau you ada klik benda tu , you mesti faham apa yang I maksudkan ni . Kepada yang tak pernah klik , jangan sesekali klik ! But why ? Nak tengok pun tak boleh ke ? Macam best je kan -.- Kalau nak try juga , akibatnya memang menjejaskan reputasi you sendiri . Sebab apa I cakap macam ni , sebab member I dah terkena . Oleh kerana sifat ingin tahu dia yang membuak-buak tu , dia selamba je klik video yang konon-konon ada aksi lucah . Pastu sebenarnya takde apa-apa pun . 

Tapi , dengan hanya satu klik tu , terus jatuh reputasi dia . Hahaha , sebab secara automatik dia dah jadi orang yang LIKE link *video tuh . Then keluar lah kat news feed yang ***** likes a link bla bla bla . Link yang video tu lah . Bila I terbaca , I pula fikir bukan-bukan pasal dia . WTF lah si gila ni boleh like benda alah cam ni ? grrrr ! Dengan lincah kadok I tanya dia , what the real thing happens sampai sangap sangat nak like benda macam tu . HHAHAHA rupanya cerita sebenarnya macam yang I dah bebel tadi . Haaa kan dah terjejas reputasi dia . 

Benda tu pun mcm sama juga dengan link IM yang melambak-lambak masuk , lepas sekali klik terus bawa padah ! Janganlah you all nak rasa ghairah sangat dengan ayat-ayat lucah SPAMMERS okay ! Akibatnya reputasi sendiri tergadai ! Cehhh :P Hahaha . Saja nak memperingatkan sebelum terkena :) Hehehe . Yalah , cuba kalau friends you yang ramai-ramai dekat 4888++ tuhh terbaca macam I baca , kan terfikir yang bukan-bukan . Kan kan kannn .

Okaylah guys ! Nak jalan-jalan lahh . Jom ikut I berlegar-legar kat blog orang lain jom . Hehehe . Taknak ikut sudah :P ByeBye ! See you guys next entry . Muahh :)

kiddozoey 

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Saturday, March 26, 2011

Penyertaan Contest Entry Air Mata ditutup Sekarang

ASSALAMUALAIKUM !

Hello all my sayang sekalian ! Nice day today right :D Hahahaah I bantai tidur after subuh tadi sampai lahh pukul satu tengahari baru sedar . Realiti hidup , so kena bangun ! Hujan lebat gila sepanjang waktu tidur memang best . Okey intro mengarut . Enough ! Hahahahhaaa

Entry ni untuk buat announcements je . Nak jerit kat you guys yang contest entry air mata tu dah ditutup secara rasminya mulai saat I mempublish post ini okey ! Hahaha . Kira entry pendek jelah ni *err mampu ke cik Darla ni nak buat entry pendek ? Uhm , I try untuk memendekkannya okay . Hohoo .


Okay , kepada semua contestant yang dah join tu pergi lah check sama ada you dah dishortlistkan ke belum . Hihii . Tak tahu mana nak check ? Kat entry short-list contest entry air mata ni haa . Disebabkan kesibukan yang amatlah dahsyat sedang melanda diri I ni , I think I need masa yang panjang sikit kot untuk menilai air mata yang mengalir . Belum dapat baca habis lagi entry you all semua . Maklumlah , ada yang panjang gila kan entry nya , Hehe . Hidup sebagai student yang sarat dengan assessment dan exam yang tak pernah sudah *sighing -.-"

So the winner will be announce after a month . InsyaAllah :) I pun nak minta "someone" yang hati kering untuk nilai entry you all semua . Entry yang paling banyak melelehkan airmata we all akan I umumkan nanti as a winner okay :) 

Tunggu announcement pemenang contest ni pada 27 April 2011 nanti ye !

ByeBye all ! See you guys next entry .
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Contest Entry Air Mata

Ini adalah Sticky Post sehingga 26 Mac 2011 
Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru 

ASSALAMUALAIKUM !

Hello viewers readers and bloggers ! Huhuhuuu . Lama gilakk I ta update beloggg annn . And now tetibe bila dah update , I buat contest lakk . Hahaha . So yang mana nak join tuh jom lahh join yeekkk . Cekidot bout this contest kat bawah neyhhhh .


APA CONTEST ENTRY AIR MATA NI ?
Okey guys , apa yang I maksudkan dengan contest entry air mata ni adalah u all yang mana nak join this contest , harus mengupdate dan mengepost satu entry tentang perkara yang boleh menitiskan air mata sekiranya dibaca . Cerita yang ditulis ditaip tidak dikhususkan labelnya . Maksudnya , tak kisahlah nak cerita tentang cinta ke , tragedi terburuk ke , kenangan pahit ke , igauan ngeri ke , asalkan ianya boleh menitiskan air mata . Alaaa , kira macam cerita yang sedih lebih kurang macam tu laaa . 

DAH FAHAM KE BELUM PASAL CONTEST NI ?
Hahaha . Kalau dah faham , apa lagikkk . Jom lahh join contest I ni . Heheheee .

SEGALA TERMA DAN SYARAT MENGENAI CONTEST
  1. anda diwajibkan memiliki blogspot / blogger sendiri untuk menyertai contest ini
  2. bagi memudahkan perkembangan mengenai contest ini diketahui , sila lah follow beloggg Darla ni yee 
  3. post satu entry tentang cerita yang mampu mengalirkan air mata apabila pembaca membaca entry anda dan tajuk entry tersebut perlu ada ayat ini >> "Contest Entry Air Mata"
  4. SATU entry sahaja tidak boleh lebih ! Panjang cerita anda adalah mengikut kesukaan kerelaan hati anda untuk menaip (tidak ada batas patah perkataan)
  5. tinggalkan link entry anda di kotak comment entry ini (entry ini sahaja) dan anda akan dimaklumkan sebaik sahaja link anda diterima
  6. letak sticky post (banner contest entry air mata) kat dalam entry anda dan jangan lupa letak kat side bar sekali (link kan terus ke belogg ini) 
  7. ilustrasi yang menarik turut dialu-alukan . Kepelbagaian cerita anda  (kekreatifan) boleh menjadi markah bonus.
  8. tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan anda dan mereka yang ditag WAJIB tahu tentang perihal tersebut
  9. tarikh akhir bagi penyertaan contest entry air mata adalah pada 26 MAC 2011
  10. segala penyertaan akan dinilai oleh para juri berdasarkan air mata yang mengalir 
HADIAH MISTERI MENANTI ANDA

SELAMAT MENCUBA DAN MENYERTAI CONTEST INI ! 


(: I nak TAG semua pengikut I yang comel comel belaka tuhhh :)

kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Friday, March 25, 2011

Erti Facebook dalam Istilah Bahasa Melayu

ASSALAMUALAIKUM !

Hello all viewers ! huhuu . Hari ini I nak post something yang fun ! Hohoo tak tahulah kalau bagi you all benda ni tak fun pun :P Tapi I peduli apa kann kann . Dah blog I , suka hati I lah ! ngeee . 

Kali ni nak bebel pasal Facebook pula 
Okey , you all semua main Facebook kan . So of course memang semua lah ada fesbuk ni . Haaa , you all tahu ke apa maksud Facebook ni dalam erti kata bahasa melayu ? Mukabuku ? Hahaha . Banyaklah mukabuku you ! Cuba try test cari dekat mana-mana dictionary -.- Takkan ada punya lah ! Haha . Lainlah kalau you nak gubal balik dictionary for the latest edition kan . Hahahaa . 

Eh , tapi kalau you all try jengah kat Wikipedia ni lain cerita lah . Ini tak dikira okey ! grrr . Huhuu . Yang tu pun bukan ada maksudnya dalam Malay ryte :D Disebabkan you tak kan jumpa pun erti Facebook ni , apa kata biar I je yang bagitahu . 

klik gambar utntuk tumbesaran
Sekarang jom kita main dengan gugel tasled jom ! Hohoo syokk woo . Tengok gambar yang I dah tunjuk kat atas tuhh haa . From English to Malay , erti Facebook bukan Mukabuku pun ! Pandai-pandai je you all buat assumptions ekk selama ni ! Kang kena saman dengan Mark Zuckerberg baru tahu ! Hahahaha .

klik gambar untuk tumbesaran
Okey beralih pula Malay to English . Hasilnya still sama sebab dalam Malay , memang tak kan ada maksud Facebook sebab tu perkataan English . Apa kata you try type "agar" kat situ . Haaa , dapat pun translate ! Hasilnya adalah Facebook ! Hahahaha . Rupa-rupanya Facebook tu Agar lah weyh ! Apa pula Mukabuku :P Tak percaya ? Pergi lah cuba try test sana tengok ! Baru tahu betul ke tidak ! Ini fakta okey ! HAHAHAHA . I ada bukti , bukan tak ada . Mark Zuckerberg kalau nak saman I pun , confirm dia kalah punya . Hehehe . 

Dah dah ! Mulai sekarang jangan nak memandai sebut Mukabuku Mukabuku dah ! Tukar okey ! Panggil Agar pulakkk . Hahaha . Dekakk pula rasanya nama ni . Tapi nak buat macam mana . Dah memang tu kan istilahnya . Bukti pun dah ada . Hahaha . Tettt . 

Okey , dah banyak dah I mencarut kat sini . Nasib baik Mark Zuckerberg tu tak faham bahasa melayu . Kalau tak , naya weyh naya ! Hahaha . ByeBye guys ! See you guys next entry okay :)

p/s - Seronok juga main gugel tansled ni kann . Boleh hilangkan bosan sambil pecah perut HOHO .

kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Tuesday, March 22, 2011

Demi Orang Tersayang , Semua Pun Boleh !

ASSALAMUALAIKUM !

Hello viewers . Penat gilakk la hari ini . Sebab cuaca panas sangat . Err biasalah , I kan kat Utara ni haaa . Standard lah kodd kalau panas kan . Sabar jelahh . Untung tak ribut . Alhamdulillah :)

Hurmm apa yang I nak post ekk hari ni . I pun takde idea nak post apa . Tapi dalam kepala ni sarat gila benda yang nak diluahkan . Huhh maybe sebab terlalu banyak fikir , tuh yang sampai tepu otak I . Dah tak tahu nak post apa . Last-last I decide nak repost about one story ni . 

Ehh ! Bukan cerita ni ! HAHAHAHA
Masa I jejalan tadi , I terbaca satu cerita ni . Sedih betul . Sadis sungguh . Sumpah rugi kalau tak baca ! Sajalah nak share dengan you all . Hehehe .


Ceritanya cemginih ;

Ina oh Ina

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi." 

!@#$%^&* 


**ending nya memang tak boleh belahh betol . I sumpah dah fikir bukan-bukan . Last-last sebab tak makan nasi . Haiyooo ! Macam-macam kes laaa . Haaa jangan you terus text your beloved pulakk sekarang ni . Tak payah lah nak test partner you all ! Kesian tawukk . HAHAHA .


Wahh sumpah ♥ bahagia tengok mereka ♥♥
Okaylah , ByeBye guys . See you next entry . Muahh . hohoo :D
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Monday, March 21, 2011

formspring.me

haaa sape na tnye , moh tanye . sebelom kaunter tutop :D http://www.formspring.me/darlacarolina
Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Short-List Contest Entry Air Mata

ASSALAMUALAIKUM !

Hello viewers . Huhh lama tak update blog . Actually I baru jep balik dari vacation ni . Huhuu , pergi jejalan holiday kat Kelompo jepp . Area KL nan Shah Alam . 3 hari suda . Lama-lama kang tak ingat balik Kedah ni haa . Tergendala pula segala kelas I . Heheheee .

seee :) CUTE kann I pakai tudung ♥ heheee .
*erkk gamba sebagai HIASAN hahaha .
Okey . Sekarang masuk ke topik asal . Contest Entry Air Mata punye due date : 26 Mac 2011 . Mean tinggal lagi 5 hari lahhh kan . So , yang mana dah join tuh , I akan short list kan you all punye entry . Errr yang mana tak bagi URL kat entry contest tuh , I tak list kan . Sorry yeee . I just ikut T&C . Kan I dah bagitahu , send URL kat entry contest I kan . Sebab susah lah nak cari link yang mana tinggalkan kt tempat lain .

Haa lagi satu , semua yang I dah shortlist kan tuh adalah contest yang diterima dan telah mengikut T&C yang I tetapkan . Cehhh macam lahh contest HEBAT sangat . Hahahaaa . Yelahh , walaupun just contest biasa tapi I kena fair and square lah kann . Mesti akan ada yang kata I tak adil pula kalau ada contestant yang tengok contestant lain tak ikut T&C yang I dah tetapkan annn . Hehehee . So , ini lahhh antara contest yang I dah short list kan . Check lahh ye :)


Setakat ni , entry ni lah yang I terima okay :) Ermm , ramai yang salah send URL tuh , I tak masukkan lah you kat list ni . Sebab tak tahu nak ambil link you kat mana . Macam susah jepp nak cari . Nanti resend link yang betol kat entry contest I tuhh ye . Yang mana ada rasa macam nak join tuh , join lah . Due date ada lagi 5 hari :) Banyak lagi entry yang belum dibaca . So lepas contest ditutup , maybe I akan ambil masa sikit lahh untuk juri pilihan I menitiskan air mata dengan kisah you all . Hehee , tengs lah sebab ramai gak yang sudi join contest I ni . I tahu , contest kali ni susah sikit kan . Sekali-sekala maaa . Last word , GOOD LUCK guys ! 

Okey , see you guys next entry . Ada apa-apa nanti I update yang latest okay . Muahh :)
kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Thursday, March 17, 2011

In an Open Relationship with Hakimi Faizi Arif ♥

ASSALAMUALAIKUM !

Hello hello viewers . Huhh jarang gilakk sekarang I mengupdate blog . Maklomlah buzy lah sayang ! Mid-term test banyak lagi belum selesai . Assignment tak payah cakap lah . Final pula dah nak dekat . Elak meletup jep otak ni . Perghh kalau meledak , kalah tsunami Jepun tu rasanya . Urmm sebut pasal Jepun ni , marilah kita dalam seminit berdoa sebentar untuk mereka ye semoga warga Jepun kat sana tuh semua selamat dan mampu membangun lagikk seperti asal . Semalam pun ada lagi gempa bumi terjadi kat sana . Huhh kuasa tuhan kan . Allah maha besar . Kita tak mampu nak buat apa-apa . 

Ehh , hari tu I jalan-jalan kat website aww . Melambak ahh gak web yang I buka . Sajalah nak ambil tahu pasal tsunami dengan gempa bumi ni , tetibe I ada terbaca satu soalan yang memang konpom BEST . "Weyh, korang rase Maria Ozawa survive ke dakk ekk ?" HAHAHAHHAHAAAA sumpahh soalan tuh memang best , kalau ada buttun Like 100x , I orang first yang akan tekan . Haaa , you nak tahulah tuh Maria Ozawa selamat ke tidak kan . hahaaa . Selamat lahh . Pelik kan , orang macam tuh pun boleh selamat . Hohooo . 

Maria Ohhh Maria ! Sumpahlah memang cun . Huhh I sendiri tengok Maria ni pun suke . Lagikan lelaki kannnnnn .
Errr , enough . Dari tadi bebel takde kaitan lagi dengan tajuk . Hahaha . Okey okey , actually I rasa macam pelik ahh sebab ramai pulak yang boleh LIKE relationship status I tuh . Huhh tak faham laahh I . Hakimi Faizi Arif (Ayep) ni ex-boy I masa dolu-dolu . Budak Shah Alam . I tak consider langsung pun untuk serious relationship dengan dia . Hey you all ! I dah ada Mr. GAY lah ! huhhh . I tak mahu culangg woo . 

We are Batman and Batgirl HOHOHOO
Errr . Baik you guys baca betul-betul : Darla Carolina is in an OPEN relationship with Hakimi Faizi Arif . haaa nama pun open kan . So , memasing open lahh . I pernah post pasal Ayep ni kalau tak salah I . Tapi on that time we all dah putus pun . But still consider as a best buddy ever okey . I tak pernah decide , kalau dah putus tak boleh friends HAHA . Rasanya I post yang INI jep kot pasal si Batman ni . Ermmm , perasaan sayang tuh memanglah ada . Nama pun ex kan , tipu kalau I cakap I tak sayang dia langsung . Weyhh Ayep , I sayang you tahu tak ! grrr . Dulu kita break pun sebab I . Jahat ekk I . Sanggup buat you macam tuh . Pakai tinggal tanpa perikemanusiaan . *Err sebab yang kukuh adalah dirahsiakan :P Yeyy esok kite boleh meet kan sayang . tettt HAHA . Sayang sayang pun apa guna , I ni yang memilih sangat . Bukan apa , cuma rasa I macam tak match lah dengan dia or sesiapa lah . huhh *sigh . Tengah musim pelamaran ke apa ekk sekarang .  Hahahaa .

Seriously I memang belum bersedia untuk serius dengan sesiapa even Mr.Gay sekali pun . You know ryte , yang I ni sumpah memang susah nak percaya dekat lelaki . As long as that thing called GUY or BOY or MAN or something that sounds similar to it . Huhh maybe suatu masa nanti I tergerak hati kot . Tengok jelah kan , siapa lahh yang mampu mengubahnya . I percaya , dalam kegelapan pasti akan wujudnya satu sinar . Cehhh . Madah pulakkkk kau ni Zurliana ! Hhahahaaa .

Okeylah guys , I nak prepare myself . Kejap lagi nak gerak dah . Kolompo menanti tuh :D Wahai warga Shah Alam ! Come and pick me up on tomorrow morning okay ! Hahaa . ByeBye guys . Love youuu Muaahh ♥
kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

ASSALAMUALAIKUM !

Hello my lovely readers viewers and bloggers ! 

Uhm , sebenarnya tv kat rumah sewa I ni rosak aww . Dah dekat nak seminggu . Mana tah tuan rumah tak datang lagi . Sibuk kerja la tuh . Kesian I dengan house-mate I si Aziey ni . Terpaksa tercongok jep menghadap lappy . Huhh , habis dengan cerita Nazim Othman ♥ pun  I tak dapat tengok . Dah seminggu missed cerita tuh ! grrrr ! Kak Nurul ! Cepatlah datang repair tv ni ! :( 

Hahhh dan disebabkan itu juga , genaplah seminggu I tak dapat tengok berita . Wahh kalau dah tak tengok berita , confirmlah isu-isu semasa semua lost kan . Apa-apa cerita pun mesti terlepas punya . Really sucks ! Huhhh . Bila online fesbuk jep semalam , terus dapat tahu berita pasal Jepun musnahlah , karamlah , macam-macam cerita pasal Jepun . Haa masa tuh teruslah I kelam kabut kann . Almaklumlah , I kan obses dengan Jepun ni . Rasa macam , betul ke semua cerita tuh ? Bila dah ramai sangat sibuk post macam-macam dongeng , terus I ambil langkah bernas dengan menaip di kotak carian gugel I "tsunami Jepun" dan capaiannya lebih dari 100 . Whoaaa baru sehari dah lebih 100 website yang post tentang bencana alam dahsyat ni . I memang betul-betul ketinggalan . Then I pun viewlah website yang berkenaan . Err bukan semuanya I view . Dalam 5 , 6 jepp lahh . 

Dari banyak-banyak tuh , I nak repost salah satu kat entry ni . Untuk berkongsi maklumat dengan u all lah kan :) Mana tahu kot kot ada juga yang ketinggalan macam I ni . Nah baca ni . 


TOKYO, 12 Mac — Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.
Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.
Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.
Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.
Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.
“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.
“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.
Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.
Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.
Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.
Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.
Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.
Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

Astaghfirullahalazim . Subhanallah . Begitu dahsyat bukan . I pun takut walaupun sekadar baca . Err tadi ada juga I tengok gambar-gambar kejadian , cuma tuh jelah yang I mampu selitkan kat entry kali ni , sebab kelajuan broadband kali ni memang amat menggerunkan perlahannya . Padahal baru berapa haribulan . Sabar jelah . Haa , tuh I letak video sekali dari youtube bagi u guys yang mana tak tengok lagi kan . Ehmm , marilah kita sama-sama mendoakan agar bencana seperti ini tidak berulang lagi di Malaysia . Cukuplah kita pernah merasainya pada tahun 2004 yang lalu . Dan sama-sama kita doakan agar usaha mencari dan menyelamatkan mangsa kejadian berakhir dengan cepat . Turut bersimpatilah sebab Jepun ni antara negara termaju dalam dunia kan . Sekarang jadi macam ni pula . Kuasa Allah Maha Besar . Macam-macam perkara tidak terduga boleh terjadi di dunia akhir zaman ni kan . 




Okeylah guys , dah banyak I ceramah . Err I pun bukanlah kategori "alim" atau "warak" . Cuma sekadar berkongsi sahaja . Mesti ada yang cakap "huh diri sendiri tak betul nak cakap pasal kuasa Allah pula" . Hehe , memanglah I ni tak betul sangat . Tapi sekadar nak buat perkongsian jep . Last word , "people do change , sooner or later perhaps" . Thanks for viewing and reading yaww :) See again on next entry . Bye bye guys ! Love you !
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Thursday, March 10, 2011

Hadiah Hari Jadi Sekali Seumur Hidup

ASSALAMUALAIKUM !

Hello readers and bloggers ! Hope everything's going well :) Err I busy gila lah lately ni . Mana nak submit assignment lahh mana nak midterm exam lahh . Haisyyy tak terbuat semuanya tuhh . So dalam kesibukan tuh I just mampu repost cerita ni jep . Sad story but still mengharukan . Ni kalau join contest I macam ada can jep menang HAHA . Cerita ni look like real story tapi I tak tahulah siapa original author nye sebab semua main repost jep kan . And the same thing goes to me sebab I pun repost jep story ni . Ceritanya macam ni ;

Wanie, Awek Aku

Salasiah Nur

Aku tak tahulah kisah cinta aku nie romantic ke tak tapi yang pasti aku bukan lelaki yang romantic, kadang-kadang macam aku tak ada perasaan. Aku bukan jenis jiwang, aku bukan jenis puitis atau apa-apa saja yang berkaitan dengan romantik. Cerita aku macam nie. Aku dah lama perhatikan sorang awek nie masa kat sekolah dulu. Masa tue aku form 5 dan dia form 2. First tyme aku tengok dia kat lorong sebelum naik tangga ke kelas aku, aku lepak ngan member-member aku masa tue. Dia jalan ngan kengkawan dia. Memang gila-gila heppie go lucky lah dia nie. Tue yang buat aku berkenan tue. Senyum n gelak tak pernah lepas dari bibir dia. Dia nie tak pernah ada masalah ke, macam tenang jer hidup dia. Aku gerak nak masuk kelas, nampak plak dia kat depan pintu kelas mengadap ngan kelas aku. Dia budak kelas tue ke??? Cikgu dia datang, menenong dia masuk kelas. Weh, betul la dia duk kelas tue. Macam dah ditakdirkan, kelas dia betul2 bley di’spy’ dengan senang oleh aku dari dalam kelas. Sejak dari tue aku memang slalu perhatikan dia. Aku suka tengok dia kenakan kawan-kawan dia, gelak dia, ketawa dia. Pendek kata, aku harap dia jadi awek aku. Pas SPM aku dah payah nak Nampak dia. Tapi aku masih mengharap. Tiga tahun berlalu, satu hari masa aku cuti sem aku gie isi minyak motor kat PETRONAS. Baru aku tau dia keje part tyme kat situ pas SPM. Ari tue dia memang ceria gila. Semua pelanggan dia tegur, siap bergurau senda lagi. Ngan aku pun dia tegur tapi cara dia tue Nampak sangat dia memang tak pernah kenal aku n macam tak perasaan aku senior di tyme skolah dulu. Nasib badan la. Sejak dari tue aku dah tak peduli mana-mana awek dah. Kawan-kawan aku pon pelik sebab memang pelik kalau aku tak ada awek. Sejak tue jugak aku nekad, aku takkan lepaskan dia. Tapi macam mana aku nak dapatkan no fon dia sedangkan dari jarak 50meter pown aku dah kecut perut nak berdepan dengan dia, apalagi nak mintak nombor, berdoa jerlah.

Masa berlalu hampir dua tahun dah. Cerita cinta aku ngan awek tue tak pernah lagi bermula. Aiiishhh… mati kutu aku. Bukan aku tak pernah try dapatkan no dia dari sumber yang boleh dipercayai, tapi lain pulak yang aku dapat. Aku mintak no awek tue dari adik angkat dia. Mati-mati aku ingat aku main mesej dengan awek tue, last-last aku dapat tau rupa-rupanya aku dapat no fon awek len. Adusss.. tapi akhirnya aku ditakdirkan gak jumpa ngan awek nie. Ari tue aku keluar gie ekspo ngan 2 orang kawan aku. Yang pelik biasanya aku akan kuar malam tapi hari bersejarah tu aku n kawan-kawan aku gie ekspo tue petang. Tanpa disangka aku Nampak dia. Mau terketar lutut aku tengok dia. Aku tak tau napa aku cam nie. Padahal ngan awek-awek lain biasa jer. Siap dalam masa 5-10 minit boleh dapat no fon tapi ngan awek nie, nak gie dekat pun rasa debar lain macam. Nasib baik ada kawan aku dua orang tue. Dia ngah jalan ngan mak dia, Nampak manja betul ngan mak dia. Jalan pegang-pegang tangan mak. Pastu dia jalan asing dari mak dia sebab mak dia gie kat gerai baju orang-orang tua. Jadi dia jalan sorang. Nak dijadikan cerita, straight jer dia menuju kat arah kitorang. Jantung aku nak tercabut dah rasa. Kemdian dia pusing. Dia macam tak perasan jer kat aku. Macam aku nie halimunan. Kawan-kawan aku tarik aku n tegur dia. Dia plak layan tak layan jer. Tapi peramah gak la. Mungkin dia tak selesa 3 orang mamat kacau dia sorang. Terus terbantut dia nak gie gerai baju yang dia nak gie. Dia pon gie kat mak dia balik. Alahai, dah balik kat mak pulak. Payah lah nak pasang kabel. Aku ngan kawan-kawan aku pon blah slow2. Mati klu mak dia prasan. Lam aku jalan2, kawan aku sorang tetiba hilang. Mana plak Mail nie. Aku jalan depan sket tengok Mail bertenet kacau awek tue pilih baju. Baik punya ayat Mail dia kata kawan dia nak berkenalan. Awek tue slumber jer cakap, “suh lah dia datang sendiri”. Kira tegas gak ar awek nie. Si Rafi plak tolak-tolak aku. Perut aku plak rasa nak gugur. Jantung tak payah crita ar, dah macam gedebuk ke bawah dah. Mail ngan Rafi tinggalkan kitorang. Dia still belek-belek baju. Tengok muka aku sekejap-sekejap jer. Aku tanya nama dia, dia kata aku kena gitau nama aku dulu. Macam pak turut aku gitau nama penuh aku. Tapi dia macam tak dapat tangkap sangat. Aku cakap la gitau nama dia plak. Nama pendek jer dia bagi. Wanie. Punya nama full aku gtau dia bg nama pendek. Bley plak dia kata ‘sy tak tanya nama full pown td’. Aiyak. Yang wat aku kecewa dia macam layan tak layan jer. Aku tau lah aku tak tampan, tapi macho tue adalah. Pas cakap sket-sket dia blah. Aku tak sempat mintak no fon. Napalah aku lembab sangat hari nie. Melepas ler..

Lam jalan-jalan lagi kat ekspo tue, Mail ngan Rafi hilang lagi. Tapi tak pelik lah kan, sebab tengah-tengah orang ramai nie. Aku jalan sorang-sorang melayan prasaan. Lama plak budak dua ekor nie hilang. Tetiba diorang mai bawak brita yang aku tak sangka. Memang kali nie diorang kawan baik aku. Diorang cakap diorang dah mintak no fon awek tue. Habis tue mana??? Aku dah excited. Tengah-tengah excited diorang cakap awek tue tak bagi. Payah tol nak bagi. Awek tue kata nak aku mintak sendiri. Pulak. Napa payah sangat nak dapat dia nie. Biasanya kalau awek lain mudah jer aku tangkap. Tapi Mail kata awek tue dah ambik no aku. Erm, kalau macam tue belum tentu dia mesej aku. Pilu hatiku.
Malam tue tanpa aku sangka satu mesej masuk. Tetiba aku rasa malam jadi siang. Wanie mesej aku!!!! Kitorang bermesej 2-3 hari. Aku dah jadi raja mesej dah tyme tue. Slama nie mana aku nak ngadap telefon. Satu tengahari tue aku mesej dia sudi tak jadi awek aku. Aku kata tapi kalau taknak takpe lah. Aku sebenarnya berharap sangat tapi aku kata klu taknak takpelah sebab aku nie memang tak pandai nak ajak awek couple sebab selama aku couple sebelum nie, awek yang ajak couple bukan aku. First tyme masuk record aku ajak awek couple. Tapi aku tak berharap banyak la sebab dia pon baru kenal aku. Tapi tak aku sangka dia trima. Hahahhahhaha… Aku memang gembira gila…. Yahooooo….
Wanie aku nie suka baca buku. Jadi dia slalu gie library. Dia kata dia suka baca buku kedoktoran dan hal ubat-ubatan. Dia bercita-cita nak jadi doctor, supaya boleh sembuhkan penyakit. Aku buat tak layan sangat lah cita-cita dia sebab dia ambik STPM pengajian perniagaan. Tak releven plak kan. Macam budak-budak, impian dia tak realistic lah. Belajar lain, cita-cta len. Wanie ngah tunggu keputusan STPM dia jadi dia tak buat apa sangat. Sebab tue slalu gie library.Tyme rehat keje aku ambik dia kat library bawak dia makan. Aku memang gembira n rasa bahagia bersama dia. Dah lama aku nak dia, sekarang baru aku dapat. Bahagia tak selalunya berpanjangan gak. Aku dapat projek kat Melaka. Jadi aku kena gie sana bawak pekerja aku. Aku bizi sangat sampai tak banyak masa untuk mesej n col dia. Dia pun macam perasan dan terasa sangat ngan kerja aku. Lagi pulak kitorang berjauhan. Satu hari dia marah-marah aku dan perkara yang paling aku takut lastly dia cakap gak. Dia nak putus. Lemah semangat aku dengar. Aku taknak putus. Malam tue jugak aku nak balik dari Melaka ke pantai timur. Tapi dia plak kata tak payah. Lepas malam tue dia dah ok balik. Kadang-kadang aku pun tak paham dengan awek aku, sekejap marah sekejap ok. Kadang-kadang terlintas kat fikiran aku. Dia couple dengan aku dia betul-betul sayang aku ke tak. Macam mana dia boleh terima aku pas jumpa sekali jumpa aku dan baru pas beberapa hari jer mesej. Aku macam tak percaya jer. Aku musykil. Ish, apa yang aku fikir nie.

1 April 2009, tarikh yang memang takkan aku lupa. Hari yang menjawab persoalan kat benak aku yakni sama ada Wanie sayang aku ke tak. Tengahari tue aku kuar makan ngan kawan2 tyme rehat. Pada masa yang sama aku mesej dengan awek aku. Zali, kawan aku tengok aku semacam jer aku men mesej. Tetiba dia tanya nak tahu tak awek aku sayang aku ke tak. Dia ambik telefon aku. Kemdian dia balas mesej kat Wanie. Dia tulis aku nak putus ngan awek aku tue. Wanie tanya, serius ke.. cara dia balas mesej dah macam gelabah semacam. Aku tak sangguplah buat hal bodoh nie tapi kawan aku larang aku. Dia kata, nanti aku cakaplah kat Wanie, ‘April Fool’. Sure dia tak boleh nak marah banyak. Zali balas mesej lagi kata mmg nak putus. Pas dari mesej tue, bertubi2 col masuk dari Wanie. Zali asyik letak jer. Aku dah seram sejuk. Zali gila ke apa, aku nak dapat awek nie punya susah kang melepas kang tak ke gila talak aku nanti. Lastly Zali bagi aku angkat. Baru jer aku angkat terus aku boleh dengar tangisan awek aku. Nie bukan menangis berlakon nie. Gila-gila punya nangis. Aku cakap April Fool, reaksi dia tak berubah langsung. Memang lama dia nangis. Mati kutu aku nak pujuk balik. Tapi dalam hati betapa bahagianya aku. Betul kata Zali,buat macam nie boleh tahu awek sayang aku ke tak. Bila aku tringat April Fool nie, pernah la jugak Wanie kenakan aku. Aku punya emosi, dia pon kata ‘April Fool’. Masalahnya bukan 1 April pun. Aku tegur la bukan 1 April pown, dia kata suka hati dia la. Kelakarlah. Aku makin tak faham, ada jugak awek perangai macam nie ek.

Aku memang serius dengan dia. Aku nak jadikan dia permaisuri hidup aku. Tapi bila aku cakap pasal bertunang, berkahwin dia selalu mengelak. Alasan dia, dia nak belajar dulu. Bagi aku, aku tak kisah dia nak belajar sesudah jadi isteri aku. Aku boleh terima keadaan tue. Tapi kalau taknak kawin lagi, bertunang jer pown tak apalah. Tapi dia tolak jugak. Aku tak faham napa susah sangat. Aku tak ragui sayang aku kat dia, kasih dia kat aku. Aku nak dia jadi hak aku yang sah. Aku tak mainkan dia. Dia sempurna bagi aku. Walau kdang-kadang dia terlalu emosional tapi aku boleh terima dia seadanya. Aku dah jumpa famli dia. Dah tanya mak dia, mak dia beri jawapan yang sama. Cuma aku pelik, tyme mak dia jawab, mak dia tunduk jer. Awek aku pulak masuk bilik, muka dia keruh. Apa semua nie sayang..

Awek aku dah masuk U. Dugaan cinta, dia belajar nun di utara. Aku pulak keje di pantai barat. Memang payah nak jumpa. Dia balik kampong aku tak ada. Aku balik kg dia pulak tak cuti. Tapi dia boleh beri masa untuk aku macam dulu. Sekarang aku memang tumpu kat kerjaya. Aku nak stabilkan ekonomi. Nak kumpul duit untuk kawin dan beli rumah. Aku nak sediakan selengkapnya utk Wanie bila dia jadi isteri aku nanti. Dalam tak sedar aku jadi lalai, niat aku baik tapi cara aku salah. Aku nak kumpul duit untuk sunting Wanie tapi masa yang sama aku lupa beri perhatian kat dia. Dia telefon jarang aku angkat. Mesej dia aku balas ala kadar. Dia sendiri perasan. Kesian dia, tapi aku tak sedar aku dah lukakan hati dia.

Satu hari Wanie col aku pukul 12 malam. Tyme tue aku tidur. Aku penat baru balik kerja pukul 11.30 malam. Pukul 12 boleh pulak dia kacau aku tido. Dah lah projek aku ada masalah sekarang nie. Aku angkat fon, baru dengar dia kata helo aku dah marah-marah dia. Macam-macam aku kata. Aku kata dia tak faham aku, belajar jer tinggi tapi tak beradab col aku malam-malam. Tak reti-reti aku penat. Kalau macam nie tak jadi awek aku pun takpe. Bukan menyenangkan makin susahkan ada lah. Paling dahsyat aku kata nasib baik dia tak trima lamaran aku dulu, kalau tak aku menyesal ada isteri macam dia. Aku dengar sok sek-sok sek tapi hal tu tak sejukkan hati aku malah makin buat hati aku membara.
 
“kalau telefon malam-malam setakat nak menangis baik tak payah.” Tak sempat aku tambah lagi dialog aku, telefon dah Wanie letak. Aku keluarkan sim card then aku patahkan. Aku tak kisah sebab no tue aku guna Cuma untuk berhubungan dengan Wanie. Hal kerja, aku ada no satu lagi. Tenang sket aku. Tanpa rasa bersalah aku sambung tidur. Dua hari berlalu, aku macam dah lupa apa yang berlaku. Wanie pun dah tak col. Aku sendiri tak rasa nak col dia. Mungkin dah terbiasa jarang col dia. Dia jer yang biasa mesej aku tiap hari. Tepat 7.45pagi sebelu, aku gi keje aku akan dapat mesej selamat pagi dan ucapan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aku. Tak pulak aku balas mesej tue. Tapi lepas aku marah dia malam tue aku tak dapat dah mesej selamat pagi, selamat malam dari Wanie. Merajuk kot. Petang tue aku balik awal sikit. Biasa aku memang balik malam. Kak Effa, jiran aku berikan aku satu bungkusan kiriman pos. Dia tolong ambilkan. Katanya bungkusan tue dah sampai 2 hari lepas tapi dia tak sempat bagi sebab dia balik kampong, adik dia kawin. Terlupa nak mesej aku ada barang sampai sebab bizi dengan kenduri. Aku bukak bungkusan tue. Kat luar di balut kertas minyak, tapi kat dalam ada bungkusan cantik. Hadiah. Ada kad kat luar. “ Selamat Ulang Tahun Kelahiran Abang ke-24 – 07 Disember 2010 ”. Aku terkejut gila. Birthday aku ke? Aku memang lupa. Hari nie 09 Disember 2010. YA Allah, Wanie col aku 12 malam tue rupa-rupanya nak ucap birthday aku. Apa yang aku dah buat nie???? Tak sempat aku bukak hadiah tue, aku terus col Wanie. Aku nak mintak maaf kat dia marah-marah dia macam tue. Aku rasa berdosa sangat. Wanie ingat birthday aku, padahal aku sendiri lupa. Sebelum ni tyme birthday aku dia memang col pukul 12 malam nak jadi orang first ucap birthday aku. Nyanyikan lagu selamat hari jadi, Allah selamatkan kamu dan happy birthday. Telefon tak berangkat. Mana dia nie.. Aku makin tak sedap hati. Mungkin Wanie sengaja tak angkat, tanda protes kat aku. Aku termenung sorang.. kemdian ada col dari Wanie.
 
“Sayang… abang mintak maaf marahkan sayang..”
“ helo, Rizman. Nie Kak Uza.”
“ akak.. Wanie ada ?”. Napa Kak Uza col aku guna no Wanie.
“ akak nak cakap satu hal.. Akak harap Rizman banyak bersabar”. Mesti Wanie minta kak Uza cakap jangan kacau dia lagi. Wanie memang rapat dengan kak Uza.
“ rizman. Wanie dalam wad icu sekarang nie. Dah masuk dua hari dah”. Aku melongo. Masuk hospital? Kenapa. Wanie kemalangan ke?
“mak akak nak bagitau kamu satu hal lagi. Mungkin ambik masa. Kamu sibuk tak?”
“tak akak, cakaplah.” Masa tue tuhan jerlah yang tahu hati aku. Wanie dalam icu. Pakwe mana tak bimbang. Kak Uza pulak buat suspen. Aku bercakap ngan mak wanie.
“ rizman, Wanie masuk icu sebab penyakit dia. Mungkin rizman tak tahu. Wanie sendiri pun memang dah minta kami sekeluarga rahsiakan sakit dia daripada pengetahuan rizman. Dia ada penyakit lemah hati/jantung (hypertrophic cardiomyopathy). Kami tahu nie sejak dia masuk sekolah menengah. Dia tak boleh terlalu sedih atau terlalu gembira. Kalau tak dia akan sakit. Kami sekeluarga selalu jaga hati dia agar tiada perkara yang boleh buat penyakit dia menyerang. Masa mula-mula dia bersama kamu, kami bimbang sangat sebab bila dia terlalu gembira…….. kamu faham kan. Kami nak halang dia bersama kamu sebab takut dia terlalu gembira dan terlalu sedih kalau ada apa-apa yang jadi. Tapi dia tetap nak bersama kamu sebab dia kata dia sayang sangat kat kamu. Kami tak ada pilihan sebab kalau kami halang mungkin emosi dia terganggu. Dia minta kami tak bagitau tentang penyakit dia kat kamu supaya kamu layan dia macam orang biasa yang sihat. Dia taknak orang layan dia sebab kesiankan dia. Dia taknak satu masa kalau kamu berdua ada masalah, kamu tak tinggalkan dia sebab kamu kesiankan dia sedangkan kamu dah tak sayang dia lagi. Dia nak jalani cinta macam orang lain. Kami rasa bersalah sorokkan hal nie daripada kamu, Rizman. Kami berkenan sangat nak jadikan kamu menantu. Wanie pun…… tapi dia tahu dia tak ada masa yang panjang. Kalau dia terima pinangan kamu mungkin bila dia pergi kamu akan rasa lebih sedih. Dia nak sangat terima risikan kamu, pasal belajar tue alasan dia jer. Rizman, mak cik tak tahu apa yang kamu berdua tengkarkan malam selasa lepas tapi, emosi dia terganggu sangat malam tue. Pukul satu pagi kami bawa dia ke hospital. Kat sebelah dia masa tue dia ada sesuatu dia tuliskan untuk kamu. Kak uza dah cuba col kamu banyak kali tapi tak boleh. Dia kata dah mesej kamu tapi tak berbalas. Nasib baik kamu telefon hari ni. Ini pun guna no lain kan?? Kami tak tahu kamu tukar nombor fon.” masa tue aku terdiam. Memang aku terdiam. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku menyesal patahkan sim card malam tue. Aku terus berkemas pulang ke pantai timur. Aku nak jumpa Wanie. Aku menuju ke wad. Keluarga Wanie ramai kat luar. Semua menangis. Ayah wanie datang pada aku dan peluk aku.

“Wanie dah tak ada”. Mata aku berkaca. Semangat lelaki aku entah ke mana dan aku rasa keluarga Wanie lebih kuat berbanding aku sekarang nie.
Majlis pengebumian dah selesai. Kami pulang ke rumah Wanie. Kak Uza berikan aku sepucuk kertas. Kertas yang Wanie tulis selepas aku marah-marah dia malam tue. Kertasnya berenyuk, tulisannya tak kemas dan besar-besar serta ada dakwat yang kembang. Wanie menangis masa menulis.
“ abaaaaang… sayang sedih sangat. Kenapa abang buat sayang macam nie. Abang dah tak sayang kat sayang ke… kalau abang dah tak sayang kat sayang baik sayang mati jer”. Aku menangis kat situ jugak. Aku penyebab kematian dia. Kematian awek aku. Tapi famly dia sikit pun tak salahkan aku. Aku tak segan langsung menangis depan mak ayah wanie, apa lagi depan abang dan kakak dia.. sedara mara dia.

Aku pulang ke KL selepas seminggu. Dalam masa tue aku tak terlepas tahlil kat rumah wanie. Aku sendiri pun bacakan yassin untuk dia lepas solat maghrib dan subuh. Masa aku masuk bilik aku terpandang bungkusan hadiah yang wanie hantar. Aku tak sempat buka sebab bergegas pulang ke pantai timur nak jenguk dia. Perlahan-lahan aku buka. Aku kotak dan dan kat dalam ada sepucuk surat, sepasang cincin dan satu kotak muzik. Aku buka, melodi muzik tue sedih sangat. Umpama suara hati Wanie atas apa yang aku lakukan terhadap dia. Ini hadiah birthday aku, kenapa dia beri kotak muzik melodi sedih. Sepasang cincin, apa maksud dia. Aku baca surat yang Wanie tulis.

“ selamat hari lahir abang. Sayang harap kehidupan abang sentiasa bahagia dan tenang. Sayang taknak abang macam sayang, sedih sepanjang masa bila teringatkan tentang takdir sayang. Abang, sayang tak tahu kenapa kali nie sayang nak gitau abang tentang penyakit sayang. Mungkin sebab sayang rasa masa sayang dah tiba. Abang, sebenarnya sejak masuk sekolah menengah sayang dapat tahu syang ada kronik namanya penyakit lemah hati/jantung. Dan sekarang penyakit sayang makin teruk, badan sayang pun makin lemah. Sayang rasa sayang dah tak dapat bertahan lama.
 
Abang, Sayang berikan cincin tue tanda cinta kita. Agar jadi tanda ingatan untuk kita mengingati antara satu sama lain. Sayang harap sayang masih ada masa untuk abang sarungkan cincin tue pada jari manis sayang. Dari dulu sayang berharap sangat abang berikan sayang cincin. Tapi abang kata abang Cuma akan berikan sayang cincin tunang dan kahwin jer. Abang takkan bagi cincin couple. Sayang nak sangat jadi isteri abang, tapi sayang taknak abang jadi duda muda. Sebab tue sayang tak terima risikan abang. Sayang bahagia sangat bila abang cakap nak sunting sayang jadi isteri abang tapi sayang sedih sebab ia takkan jadi kenyataan. Sayang gembira sangat sayang dapat bersama abang, jadi milik abang. Abang, kalau syang tak sempat tunggu abang sarungkan cincin tue, syg hrp abang simpan cincin tue baik-baik. Maafkan sayang sbb tak beritahu abang tentang penyakit sayang sbb syang taknak abang bersama sayang sbb kesiankan sayang.

Abang, sayang gembira sejak mula kita bercinta. Mesti abang pelik macam mana sayang boleh terima abang secepat tue masa abg ajak sayang couple. Abang pernah beritahu abang selalu tengok dan perhatikan sayang masa kat sekolah dan masa-masa lain. Suara hati sayang sentiasa beritahu sayang bahawa cinta sayang selalu memerhatikan sayang. Sayang dapat rasa ada orang perhatikan sayang Cuma sayang tak tahu sapa. Dan abanglah orang tue. Sayang takut sangat kehilangan abang. Tapi sayang tahu sayang tak dapat memiliki abang utk jangka masa yang lama, macam pasangan lain.
Abang kata abang suka sangat tengok sayang ceria macam tak ada masalah. Doctor cakap sayang tak boleh biarkan emosi sayang terganggu, sayang kena kuat sebab kalau sayang terlalu gembira sayang akan sakit, kalau sayang terlalu sedih pun sayang akan sakit. Jadi sayang pilih jadi seorang yg heppy go lucky. Sayang selalu kawal emosi sayang supaya tak terganggu. Masa abang buat April Fool tue sayang sedih sangat, sayang tak boleh kawal perasaan sayang. Nasib baik abang bagitau April Fool awal-awal, kalau tak sayang tak tau apa yang jadi.

Maaf sebab sayang beri kotak muzik melodi sedih. Sayang Cuma nak abang tahu bhawa lagu nie lah yang syg dengar masa kesunyian- abg bizi kerja dan sayang nak abang tahu betapa sedihnya sayang sebab terpaksa berpisah dengan abang.

Terima kasih sebab temani sayang. Maafkan salah silap sayang terhadap abang. Kebelakangan nie sayang dapat rasa abang semakin jauh tapi sayang biarkan jer. Supaya bila sayang tiada nanti abang takkan terasa sangat sayang dah pergi.
Selamat hari Lahir abang.”
12.40am
08.11.10




huhhh sad gilakkk . Sumpah I bergenang juga ah kejap masa baca cerita ni . Credt goes to original author . 

p/s - kepada pengarang asal , takziah k . yang pergi tetap akan pergi dan yang ada ni mesti teruskan life macam biasa ye :) terus pandang ke hadapan .

kiddozoey 

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity