ASSALAMUALAIKUM !
Hello my lovely readers viewers and bloggers !
Uhm , sebenarnya tv kat rumah sewa I ni rosak aww . Dah dekat nak seminggu . Mana tah tuan rumah tak datang lagi . Sibuk kerja la tuh . Kesian I dengan house-mate I si Aziey ni . Terpaksa tercongok jep menghadap lappy . Huhh , habis dengan cerita Nazim Othman ♥ pun I tak dapat tengok . Dah seminggu missed cerita tuh ! grrrr ! Kak Nurul ! Cepatlah datang repair tv ni ! :(
Hahhh dan disebabkan itu juga , genaplah seminggu I tak dapat tengok berita . Wahh kalau dah tak tengok berita , confirmlah isu-isu semasa semua lost kan . Apa-apa cerita pun mesti terlepas punya . Really sucks ! Huhhh . Bila online fesbuk jep semalam , terus dapat tahu berita pasal Jepun musnahlah , karamlah , macam-macam cerita pasal Jepun . Haa masa tuh teruslah I kelam kabut kann . Almaklumlah , I kan obses dengan Jepun ni . Rasa macam , betul ke semua cerita tuh ? Bila dah ramai sangat sibuk post macam-macam dongeng , terus I ambil langkah bernas dengan menaip di kotak carian gugel I "tsunami Jepun" dan capaiannya lebih dari 100 . Whoaaa baru sehari dah lebih 100 website yang post tentang bencana alam dahsyat ni . I memang betul-betul ketinggalan . Then I pun viewlah website yang berkenaan . Err bukan semuanya I view . Dalam 5 , 6 jepp lahh .
Dari banyak-banyak tuh , I nak repost salah satu kat entry ni . Untuk berkongsi maklumat dengan u all lah kan :) Mana tahu kot kot ada juga yang ketinggalan macam I ni . Nah baca ni .
TOKYO, 12 Mac — Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.
Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.
Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.
Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.
Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.
“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.
“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.
Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.
Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.
Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.
Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.
Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.
Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters
Okeylah guys , dah banyak I ceramah . Err I pun bukanlah kategori "alim" atau "warak" . Cuma sekadar berkongsi sahaja . Mesti ada yang cakap "huh diri sendiri tak betul nak cakap pasal kuasa Allah pula" . Hehe , memanglah I ni tak betul sangat . Tapi sekadar nak buat perkongsian jep . Last word , "people do change , sooner or later perhaps" . Thanks for viewing and reading yaww :) See again on next entry . Bye bye guys ! Love you !
kiddozoey
No comments:
Post a Comment