Saturday, December 29, 2012

Segmen Whoopers - Protect Your Bias || How To Join

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely readers.
[THIS POST IS EXCLUSIVE FOR WHOOPERS FAMILY]

Klik gambar untuk tumbesaran mendadak. (ctrl + click)

TERMA DAN SYARAT:
  • SEGMEN INI HANYA TERBUKA KEPADA AHLI WHOOPERS FAMILY SAHAJA.
  • BUAT SATU ENTRY BERJUDUL “SEGMEN WHOOPERS – PROTECT YOUR BIAS”
  • LETAKKAN BANNER DI ATAS DAN DIRECT LINK KE ENTRY INI.
  • KOMEN URL ENTRY ANDA DI KOTAK KOMEN ENTRY INI SAHAJA.
  • TARIKH AKHIR UNTUK MENGHANTAR LINK ENTRY ANDA ADALAH PADA 31 JANUARI 2012.
  • ANDA DIBENARKAN UNTUK MELETAKKAN SEBARANG GAMBAR YANG ANDA MAHUKAN DI DALAM ENTRY TERSEBUT.

ISI KANDUNGAN ENTRY ANDA:
  • Senaraikan 6 ultimate bias anda tanpa mendedahkan nama pentas dan juga kumpulan mereka (jika berkumpulan) // Senarai hendaklah mengikut format lelaki A, lelaki B, lelaki C, perempuan D, perempuan E, dan perempuan F. 
  • Bagaimanakah anda mengenali keenam-enam mereka? Nyatakan situasi tersebut dengan ayat anda sendiri.
  • Andaikan bahawa C dan D hampir dilanggar kereta dan anda hanya mampu menyelamatkan seorang sahaja. Siapakah yang akan anda selamatkan? Mengapa?
  • Sekiranya anda menyaksikan lelaki B melamar perempuan F dengan mata anda sendiri, apakah yang bakal anda lakukan? Sudikah anda melihat mereka bersatu?
  • Pada suatu hari, anda sedang berlegar di kawasan dorm kumpulan A dan anda terlihat kepulan asap keluar dari arah tingkap bilik mereka. Apakah tindakan pertama anda? Ceritakan situasi anda ketika itu.
  • Anda baru sahaja memenangi hadiah makan malam bersama C dan ianya pada tarikh yang sama konsert E julung kali diadakan. Sanggupkah anda memilih antara C dan juga E? Apakah jalan terbaik yang akan anda pilih?
  • Bayangkan anda adalah pengurus bagi D dan telah mengenalinya selama 3 tahun. D memberitahu anda bahawa dia mempunyai masalah dengan teman lelakinya. Anda tahu bagaimana luaran dan dalaman teman lelaki D. Anda juga pernah melihat teman lelakinya itu bersama perempuan lain tetapi anda hanya berdiam diri selama ini. Sebagai seorang pengurus serta sahabat kepada D, bagaimanakah anda membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut?
  • Sebuah rompakan sedang berlaku di Bank KKK. Anda bersama B, F, dan juga E dijadikan tebusan dalam rompakan tersebut. Ceritakan situasi sehingga rompakan itu berakhir dengan menggunakan imaginasi anda.
SEMOGA BERJAYA MENYELAMATKAN BIAS ANDA

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Unskilled Artwork + Bebelan Random

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my dearest readers.
Lama gila tak update blog. Maklumlah tak ada internet connection la. Duit tak ada nak bayar bil P1. Pending payment melambak lol. Duit banyak untuk bayar ke lain. Sewa rumah lagi, bil api air, duit untuk hal study, bayar untuk kem bagai. Alahai semuanya minta duit. Geram je fikir. Dah dah dah, cukup la nak mengeluh banyak-banyak kat sini. Bukan ada nak menghulur pun. Malang betul nasib aku ni. Dengan duit hilang lagi satu hal. Okay tak payah fikir yang itu. I saja nak update entry pasal p/g challenges tu. Nasib baik ada wifi encik jiran hahaha. Nanti boleh la hantar lauk free kat encik jiran tanda penghargaan.
Sesungguhnya I tak tahu nak buat macam mana so jyeahhh I ship WooGyu. Ni saja main dengan film effect then tukar saturation, lightness, brightness. Siap tambah noise lagi. Nak letak blur motion memang tak sesuai la. So tu la hasilnya setelah penggabungan beberapa keping gambar lol. Nak kasi tone dia sama tu yang macam agak payah. Maklum la tak ada skill mana pun dalam bab photoshop ni. Itu kisah task 4 la kan. Actually ada dua version tapi malas nak letak dua-dua kat sini. Yang beza dia just greyscale je la.
Task 5 ni agak payah sebab kena letak character lain sekali dan masa tu kepala hotak ni memang teringat Amber je omg omg I love KrisBer keke. Semangat tu siap buat smutfic lagi untuk KrisBer. Such a pervy am I. Okay poster tu kena guna black background but tak berapa nak black pun haih. Boleh la tu kan. Tapi sebenarnya banyak gila kecacatan pada elemen elemen yang ada dalam poster tu. Kalau pro tengok poster ni memang kena gelak je la. I memang suka guna cloudy dengan bubble bubble tu so jangan pelik kalau I asyik guna benda tu je kat poster haha.
Macam poyo je poster atas tu hahaha. Task 6 ni suruh buat action/thriller poster. Pula tu Jaejin yang punya turn lol ayat bersepah haha. Dah la I tak reti nak buat poster genre macam tu. Banyak main dengan motion blur. Aspek yang paling penting untuk thriller or action bagai ni, haaaa salah satunya explosion tu la. Baru nampak macam wahhh thrill gitu kan. Lepas tu boleh la tambah gambar bandar yang sibuk konon kononnya. Disebabkan rasa macam seronok buat thriller poster ni, I buat la saja saja satu poster. Haaa bawah tu la poster yang tak tahu atas reason apa I buat.
Hahaha macam yeye je action poster kan. Entah mana hala nampak thrill nya pun I tak tahu. Tapi boleh la ni buat touch up skill photoshop tu. Ni nak memperkukuhkan serta memantapkan lagi la skill yang 10% je kot ada dalam diri. Okay done bebel pasal poster. I nak buat entry untuk segmen Whoopers pula. Haaa segmen apa tu? Later I'll post it. 
By the way, hari tu ada yang tanya I macam mana nak letak watermark pada gif image kan. Sorry for now tak dapat nak buat tutorial sebab I memang bukan jenis yang buat tutorial. But later I will do it for you keke. Tapi kalau post maybe bukan dekat blog ni la. Kat artwork blog lagi mudah. Kat sini agak sempit ruangnya. Sorry kalau I ambil masa yang lama untuk reply to your question. Busy busy busy katanya.
Untuk blog fanfic pula, sorry sorry sorry my dearest readers sebab tak update update lagi. I'll update asap right after bayar P1 tu okay. Kesian pula kat reader yang asyik tanya bila nak update bila nak update kat twitter. Rasa bersalah pula kat para pembaca sobss TT-TT sorry again. Okay cukup dah membebel ni rasanya. Sebelum tutup tab ni, tolong I boleh tak? Klik link >ini< lepas tu bila dah load boleh tutup. Terima kasih banyak muah muahh.
Till then ByeBye
p/s - kalau tak tahu blog artwork tu nak cari mana, klik >sini<

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Wednesday, December 12, 2012

PHOTOSCAPE DOING FINE

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my ladies and not-to-gentle-man.
Macam biasa la tajuk entry tu pakai letak je hahaha. Sebab post kali ni ada kaitan dengan photoscape. By the way, ada ke yang tak tahu photoscape tu binatang apa? Haaaa ianya binatang berkaki lapan dan mempunyai sesungut di kepala -.-" Okay tak, photoscape tu software untuk edit gambar. Boleh buat macam-macam guna benda alah tu tapi kena pro la godeh.
Haaa yang kat atas tu hasil godeh photoscape la. Ni semua hasil dari menggodeh pelbagai cara tanpa henti. Semangat gila nak tahu macam mana nak buat watermark permanent kat gif guna photoscape. Actually guna photoshop lagi simple. Tapi tapi tapi leceh sikit sebelum start edit gif. Sebab yang I tahu la, nak buat gif tu kena import video yang guna file quick movie. Ahh whatever la, buat kusut je merapu banyak-banyak.
Perasaan I masa buat gif atas tu hahaha asyik berdekak je sebab part tu macam omg omg pervyy gila aku ni lol. Hambekk kau non stop dance gitu. Seronok buat gif pakai photoscape ni bila kita betul-betul tahu function macam mana guna \ayat hembus je ni/. Macam mana nak filter, crop all photo, convert, blablablabla. Tak leceh pun cuma upload tu je perlu kesabaran haha. Tapi mostly orang yang buat gif ni lebih suka guna photoshop. Tak tahu la sebab apa maybe diorang dah biasa. Macam I ni, buat poster boleh la guna PS tu. Senang nak drag erase bagai. Dulu nak gif apa semua kena minta kat orang, sekarang hewhew dah boleh bikin sendiri. 
Sebelum sebelum ni I buat gif semuanya tak letak watermark. Pergh sekarang dah tahu macam mana ngehehehe. Rasa macam puas je dapat edit gif sendiri. Berapa banyak dah gif my hubby dalam folder tu haha. Tunggu masa je nak upload kat tumblr lol. Sebenarnya post ni tak ada motif pun. Saja je nak update blog tapi tak tahu nak bebel apa. Tadi ada Super Asia Showcase yang menampilkan Kris, Henry, dan juga Peniel. Dukacita dimaklumkan bahawa Darla Park tak dapat menghadirkan diri ke showcase tersebut dan beliau membazirkan masa dengan merapu entah apa-apa pun tak tahu la. Tolong simpati dengannya. Sekian terima kasih.
See you guys next entry ByeBye
p/s - GIF tu kalau nak boleh ambil kat >my artwork storage< lol

F R U S T R A T E D
T-T KEVIN WU T-T  

 kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Friday, December 7, 2012

ROMANTIC COMEDY & HAPPY POSTER | SUCK AND SICK

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely readers.
[POSTER | GRAPHIC CHALLENGES]
Okay tajuk entry kali ni pakai hembus. Tu memang perasaan I untuk poster happy happy bagai. Forever and ever tak reti buat happy poster. Actually malas nak buat task 3 tu. Tapi disebabkan tadi tengah kumpul gif Hoonie dalam satu folder, terus je la buat. Seriously mula-mula semangat nak buat poster gif. Tapi harap semangat je la yang ada. Nak buat tu sangat la tak reti. Penghujungnya dapat yang macam kat atas tu je haa.
Cepat tak cepat, pantas tak pantas, dah siap tiga task dah rupanya. Eceh padahal buat macam sakai je. Sesungguhnya I tak faham kehendak Nana untuk task #3 ni. Make a romantic comedy poster/graphic using bias' 1 photo with 4 different colours. Okay yang mana susah sangat nak faham tu? Erghh part 4 different colours. Ada yang buat satu poster letak empat warna. Ada pula yang buat sampai empat poster yang sama cuma warna yang berbeza. Kesimpulannya memang I tak faham sebab makin difikir makin menjadi jadi pula rumit tu. At last. buat je satu poster letak empat warna. Jangan tanya mana warna keempat sebab background kat poster tu pun guna warna. Jadi itulah jawapan untuk soalan tersebut lol.
Poster di atas adalah untuk task 2. Okay yang ni seriously lawak. For me, yes it is light poster. Sebab terang lagi nyata I ada guna unsur unsur warna yang terang dekat circle circle bubble tu. As for make it lighten, I guna la blacky red gitu as a background jadi bolehlah memantulkan unsur warna terang yang I pilih. Suddenly, adik I sound "Bukan dark ke poster tu? Sebab nampak gelap je belakang dia." pfffft. Light ke dark ni omg omg. Lantak la -.- Dah habis terang dah aku buat, kau cakap ni gelap. Sabo je la. Nasib baik suara Whoopers ramai cakap light. So the final answer is, yes it is light angst poster lol.
Task 1 ni paling tak boleh blah. Awal-awal challenge lagi dah susah. Kena bagitahu our interest guna bias #4 dalam bentuk romantic comedy poster. Pffffffttt again! Happy poster T-T Suck it suck guyyyssss! Imma really bad when it comes to happy poster. Erghh I dunno why but still I can't adapt myself on doing the happy happy lalalalaaa poster. And now, imma really sick on it. Just feel like crying when someone ask me to do happy poster for them. Seriously, if you really know who I am, don't ever ask for happy poster because I am really disaster suck asdfghjkkl omg I really can't do it. 
Maybe I didn't find the method to overcome my sickness towards this thing. But I think, time might kill it lol. Tak apa la. Nanti lama-lama boleh la kot. Nak kena rajin godeh ps lagi. Yang tu dah semestinya la. Nak kena berguru dengan tutorial and tricks kat AFF. Well, I love to read all of those tricks. Nampak mudah. Tapi bila try boleh jadi gila. And now, dah gila dah pun. Jadi sebelum bertambah gila, I have to stop now.
Till then ByeBye
Everybody make some noise!!

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Thursday, December 6, 2012

POSTER | GRAPHICS CHALLENGES

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my dearest viewers.
Sebenarnya dah lama gila I tak follow mana-mana challenges memandangkan yang FT ISLAND punya pun tak habis buat lagi. Tapi tapi tapi banyak kali juga la I berkira-kira untuk join challenges yang Nana provide ni. Ikutkan hati memang nak join. Tapi task dia ada pasal gif and what-so-ever yang I sendiri tak reti dah langsung tak mahir nak buat pfft. Dah nama pun challenges so kena la berani terima cabaran. Lagi pula, skill I dalam buat graphics dan juga poster ni baru seciput je. Hasilnya pun sakai makai. Apa salahnya tajamkan lagi kemahiran tu. Yang mana rasa rajin godeh photoshop tu, haaa tak payah fikir dah. Moh ler join. Klik banner untuk direct link to the Nana's entry lalallalalaaa.
LIST 10 BIASES
  1. Choi Jonghoon
  2. Kim Kyujong
  3. Jung Taekwoon
  4. Jung Yunho
  5. Kim Sunggyu
  6. Kim Jongwoon
  7. Wu Yifan
  8. Lee Hongki
  9. Choi Minhwan
  10. Lee Jaejin
//Pehal guna font putih? Saja nak tayang nama biases. Erghh part ni memang susah gila lol. Actually boleh campur mana-mana bias pun. Elak letak Aepul je tadi. So disebabkan Japanese idols yang disayangi dan dikasihi sentiasa dirahsiakan, I decide untuk letak k-idols je. Yifan tu termasuk la juga sebab dia under SM lol. Ikutkan hati nak letak actor sekali tapi apakan daya, orang tamak selalu rugi.
Nampak ke? Disebabkan blog Nana tak disable highlight, ni je cara termudah untuk provide tasks dan juga rules kat anda anda semua. Nak lagi clear pergi jenguk blog dia terus okay. Tapi kalau malas, klik je gambar atas ni untuk tumbesaran mendadak. Okay let's start. 
10 TASKS LIST
//Seperti biasa, segala hasil kerja untuk challenges ni pun akan dimasukkan ke dalam artwork blog. Kalau teringin nak jenguk boleh klik >sini<

Nana tulis kat entry dia tak buat day by day pun boleh so tak tahu la bila habis ni lol.
WILL BE UPDATED AFTER DONE TASK BY TASK 
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday #33 | One-Shot Fan Fiction SEVERELY

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my pretties and cuties.
New fan fiction for my dearest readers.
Click >here< to read the story.

See you guys next entry ByeBye
p/s - just feel like wanna flip the table without any reason -.-"
Let's dance with Shinee before close the tab lol.
kiddozoey 


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Monday, December 3, 2012

[SHORTLIST] SEGMEN WHOOPERS 1ST ANNIVERSARY

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely viewers
Hello my beloved Whoopers
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MEREKA YANG IKUT SERTA!
First thing first, thanks a lot guys sebab sudi join segmen yang julung kali diadakan untuk Whoopers Family ni \cewahh tabur confetti/ dan sesungguhnya memang terharu sangat sebab Whoopers always supporting. Yang mana belum kasi link tu, segera la berbuat demikian atau link entry anda tidak akan berjaya dimasukkan ke dalam senarai lantaran tidak diketahui akan kewujudan post tersebut \ayat minta kaki/ haha. By the way, ada beberapa orang yang submit link blog instead of entry's link. Sorry to say, I can't put it here. Sebab nanti kalau kasi link blog, direct link tu bukan membawa ke entry segmen tapi ke full page blog dan ianya agak menyukarkan manusia lain untuk mencari entry segmen tersebut di dalam rimbunan entry-entry anda dekat blog tu. So this is the shortlist yang tak berapa nak short la \tak tahu pehal nak guna shortlist -.-/ dan korang boleh la check it out entry korang \perlu ke check entry sendiri/ dan juga entry Whoopers yang lain okay. 
  1. http://zoeykiddo.blogspot.com/2012/11/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  2. http://ruwharns.blogspot.com/2012/11/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  3. http://alyaaraisyazarai.blogspot.com/2012/12/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  4. http://eiyastories.blogspot.com/2012/12/whoopers-1st-anniversary-tabur-bunga.html
  5. http://adrianafarhana.blogspot.com/2012/12/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  6. http://budakkecikhappy.blogspot.com/2012/12/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  7. http://atique159.blogspot.com/2012/12/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  8. http://iminlovewithexogege.blogspot.com/2012/11/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
  9. http://iheartbeast.blogspot.com/2012/12/segmen-whoopers-1st-anniversary.html
Till then ByeBye
p/s - kalau link kat atas tu tak boleh click, inform me okay.


kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


ONE OK ROCK

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello earthlings.
[WARNING - PICTURES SPAMMING ENTRY]
my rock cutie pie anommnomnommmness
It's been a long time since my last post. Okay not really lol. I'd got some homework from someone to describe about One OK Rock from my tumblr but since it's really awkward to make an explanation over there, I decide to make it at here, my beloved blog nyahaha. It's just a few words and a lot lot lot of pictures.
One Ok Rock is a Japanese rock band formed in 2005, composed of Taka, Toru, Ryota, and Tomoya. Originally a five piece band, guitarist Alex left the group in 2009 due on some internal problem. By the way, One OK Rock is also known as J-Rock band. The band's name itself, One Ok Rock comes from "one o'clock", the time that they used to practice on weekends. However, noticing that the Japanese language made no distinction between r and l, they changed "o'clock" to "o'crock", which was then separated to become "ok rock". Wanna know deeply about them? Wait until the next one. I'll share some of their biography and discography.
What makes me love them? Since I love this kind of genre, they really makes my soul rock with them! Totally all of their songs gonna makes you addicted. Kinda agressive but they do not use visual kei as an attraction. Taka, Toru, Ryota and also Tomoya really enjoy their stage on everytime they perform. I love their spirit and energy! Since my first time heard Kanzen Kankaku Dreamer, I had become their fans. And it is turn out to be FT Island most favourite band. Such a coincidence. Imma glad to be shared the same favourite band. ONE OK ROCK FTW!
The moment they love to tease each other
lol at the Taka's face
One of the reason I love them

To be honest, I love their song and lyrics. Some of them really contains deep meaning. They talks about life, love, discrimination, hatred, dream, hope, revengeness, judgemental, friendship and a lot of unsatisfied for life judgement. Music is one of the channel to show our feeling and voice. Just shout out like what they did and I am really sure you will satisfy with it. And one thing that makes me love them is their song makes me released out my tension lol. Hope I'll stand for their concert at Budokan, Japan someday. Can't wait for it.

See you guys next entry ByeBye
p/s - do not listen to them if you are not the fans of rock genre.
kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Friday, November 30, 2012

SEGMEN WHOOPERS 1ST ANNIVERSARY

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely Whoopers.
MAAF ATAS PENGGUNAAN BAHASA YANG ANEH DI DALAM ENTRY INI
SPECIAL ENTRY
WHOOPERS 1ST ANNIVERSARY
[AMARAN] POST INI AGAK PANJANG DAN MERAPU
SAAT BERSAMA WHOOPERS
Okay actually tak tahu nak cerita macam mana sebab banyak gila yang nak diceritakan tapi bila dah type ni jadi macam blur blur gitew. So ringkaskan je la ceritanya haha. Boleh dikatakan kalau online tu memang first thing first to do is buka page Whoopers la. Sehari tak check group memang tak sah. Banyak gila yang eden dapat dari Whoopers ni. Semua benda memang up-to-date la senang cerita. Sampaikan kalau satu post menarik tu memang komen boleh sampai beratus. #TeamKlanung punya post pun dah cecah 1K+ siap semua unfollow post HAHA. #TeamPervert punya post pun mak haih banyak juga komen lol. Tapi yang paling best #ForeverAppleTeam la yang paling hebat hahaha. Hanya individu terlibat sahaja yang mengerti lol. Okay rahsia okay rahsia. Tak sangka dah setahun dah together-gether. Nak cerita sejarah Whoopers rasanya dah ramai yang story pasal ni. So baik teruskan dengan point seterusnya lol. Sepatutnya cerita pasal first impression but memandangkan aku ni barisan terawal Whoopers so tak perlu la. Kang kalau letak, orang cakap aku ni perasan sendiri pula puji puji bagai.

BIAS & MADU
Yang ni sangat la particular. Well semua kenal kot siapa laki aku. OMG gila tak kenal laki aku! Nak makan penampar namblas kali la kalau buat-buat tak kenal. Dulu aku loyal gila la siot T-T tapi sejak laki buat hal dan kuat menggatal, aku sendiri pun dah tak tahu macam mana nak jaga laki aku tu. Memang tak boleh dikawal. Seriously di luar kawalan T-T wuuuuuu ;~; so aku pun pergi la menggatal dengan orang lain.

 SS501 FTISLAND VIXX  SPICA 
Semua sekali dalam tu semua bias eden. Peduli apa HAHAHAH lantak la nak kata tamak haloba ke apa kan hahaha. Dabel S 5 0 1 yang dulu dikasihi sepenuh hati tapi sekarang dah berpecah untuk sementara waktu. Walaupun begitu cintaku tetap mendalam untuk mereka nyahaha. Dulu gila mati suka kat Kim Hyun Joong tu tapi sekarang dah tukar lol. Baru je tukar hahaha baru tak sangat lama pun tak juga. Tapi dia dah pergi berkhidmat untuk negara pula. To my dear Kyu \sexaaayyy guy -,.-/, semoga pulang dengan selamat lol. Untuk FTISLAND pula, dulu aku jatuh hati kat Hongki sebab husky voice yang macam minta penyapu hinggap kat betis enam kali tu, then macam mana entah aku boleh pindah pula kat Hoonie \omg fuckin hot guy -,.-/ HAHA memang tak logik. Ni satu-satunya band yang aku sayang gila-gila sampai semua album kalau boleh kena beli pre-order lol. Dah cukup dah dah dah. Tak payah nak bebel sebabnya. Nak suka someone tak perlu sebab, nak benci pun tak payah nak bersebab. 
Eden tahu ramai yang tengah gila-gilakan VIXX sekarang ni. Rasanya ni la satu-satunya group yang aku follow up since before dorang punya debut until now. Semangat gila kot layan Mydol tu. First tengok dah fall in love dengan Jung Taek Woon \simpan Leo dalam wardrobe/. Suara dia gila merdu. Boleh tangkap lentok. SPICA pun sama. Diorang rookies tapi daebak gila! Kim Boa OMG OMG!
Nak letak list madu tapi ada ke yang bias dia termasuk dalam empat group tu? Okay yang ni eden pakai letak je, berdasarkan apa yang dirasa dan difahami. Kira yang disebut ni dah diperakui la lol. Nana (FTISLAND), Ikaa & Nurd (VIXX), Seri & Eisya (Kris EXO) \okay yg ni bukan ultimate bias lol/, Apis (Yunho TVXQ) \bukan ultimate juga/-.-" Kalau tak disenaraikan tu bagus la, kira anda bukan madu saya haha. Tyka my #MelodramaMates ada biased VIXX juga kan? Unnie pun tak sure so tak tahu la nak letak ke tidak. Tapi kita forever #MelodramaMates dan bermadu untuk suami yang busy berlakon hahaha boleh macam tu?

WHOOPERS YANG RAPAT
Eden rasanya rapat dengan semua Whoopers. Eh ye ke hahaha. Sorry la kalau ada yang rasa eden ni ignore dia ke apa ke kan. Sebab tak terniat pun nak ignore. So yang tak termasuk ni jangan terasa hati sebab semua eden sayang sama rata \ayat geli -.- muntah kahak biru/ lol. Okay yang list ni secara random je. Tak ada yang first second ke apa lmao. Kalau yang kena list ni rasa diri dia tak rapat dengan eden pun lantak. Ni sebab eden rasa eden rapat dengan korang lol tak tahu berbual apa dah ni. Explanation tu mengarut je erghh. By the way eden sendiri pun terlebih dari lima hahaha.
  1. Apis - Aku pun tak tahu kenapa aku rasa rapat dengan dia ni lol. Okay noona rasa senang berkawan dengan apis maybe sebab umur kita pun tak banyak beza. Lagi, eden rasa dia banyak berbual dengan eden. Banyak benda yang kitorang share. I mean in opinion la. Bukan share benda lain lol. Dia selalu juga tanya pasal album la itu la ini la. Kitorang rajin text plus inbox lol. Whatsapp pun tapi since bis tengah tak hidup ni memang jarang sikit la nak berwhatsapp tapi still inbox sentiasa hahaha. Macam-macam kot kitorang gossip. Kadang-kadang benda tu merapu je. Benda tu tak boleh share sini la lol dangerous. Nae dongsaeng, saranghae kekeke.
  2. Alia - Unnie rasa Alia macam senang dibawa berbincang lol spamming geng la. Maybe sebab bila unnie online, lia selalu ada kat situ kot. So kita je yang tinggal untuk spam bersama. Haaa lagi satu ingat tak fanfic yaoi yang kita share together tu? Hahaha comel je bila ingat balik kita spam pasal tu lol. Otak lia gila-gila memang boleh masuk hahahhaa. Kesian kat Kevin mu tu kena tinggal. Sekarang lia kan asyik CAP je haihh lol. Ermmm unnie sayang Alia dengan CAP sangat-sangat hahaha. Malam ni CAP dengan eden ye hahahah \baling bantal kat muka Kevin/. 
  3. Nana - Haaa maybe unnie banyak berbual pasal selain dari kpop issue kot. So boleh consider rapat. Unnie dah anggap Nana macam adik sendiri dah. Yang lain pun sama la macam adik juga tapi kat Nana feel lebih sikit lol. Nana pun banyak tolong unnie dalam kenal photoshop, fanfic dan semua benda tu la. Thanks Nana nyahaha. Unnie nak buat ucapan panjang meleret tapi tak reti la. Rasanya Nana je la yang unnie ada kongsi pasal FTISLAND lol. Selera kita ni kira ada yang sama juga walaupun banyak yang tak sama lol merapu apa ni haha.
  4. Milo - Ni bukan milo yang minum milo anda jadi sihat dan kuat tu. Ni ain kak aini sang milo bulat-bulat. Okay walaupun dia ni kecil lagi. Kecil la sebab lagi muda dari eden lol. Semua muda dari aku -.-" Erghh kbye lol. Milo ni teman mengharu biru eden. OMG sayang gilo kat milo ni! Dia la yang selalu teman eden main game mengarut yang tak pernah dibuat orang. Main sambung lirik dalam satu post la. Macam-macam la yang dah pernah kitorang try lol. Cookie sayang Milo tahukk! Sebenarnya banyak yang Cookie nak bebel pasal Milo kat sini tapi macam tak apropriate la pula. Sayang Milo sampai mati! Erghhh \menangis air mata darah putih salju/.
  5. Wana - Unnie tak tahu nak explain macam mana tapi kita rapat la juga kan hahaha. Walaupun unnie selalu blogwalking kat blog mu sebelum kita bersama tapi tak pernah pun tegur haha. Rasanya Wana ni pun selalu muncul waktu eden online. Dia selalu teman eden fangirling lol. Lepas tu banyak yang Wana dah tolong unnie lagi-lagi pasal blog code. CSS apa semua ni. Pasal Kevin tu jangan jelly jelly okay. Next time Wana mesti dapat jumpa dia hehehe. By the way thanks sebab buat entry birthday untuk unnie. Terharu gila kot \menangis sesungai Han/ OMG! Sayang Wano forever and ever ngehehe. Sebelum terlupa, terima kasih sangat-sangat sebab banyak kenalkan unnie dengan underrated group yang mostly daebak gila lagu diorang tu! #BalladsJjang lol. 
  6. Arabeoji - Siapa arabeoji ni? Hahahahaha dia la Dira yang perasan kawaii padahal pervert and the most pervert lol. Dulu ingat lagi dia bukan main semangat belajar math kat Whoopers siap suruh eden ajar lol. Bagus siot belum naik sekolah dah siap revision. Bagus ni pelajar contoh. Patut dapat anugerah cemerlang lol. Lepas tu kitorang ada berebut Gyu sampai jadi fanfic spontan. Kalau dah start mengarut dengan dia tak tahu la apa yang akan jadi dengan ayat seterusnya. Kononnya visual Whoopers la itu la ini la puihh hahaha. Dira, walaupun mu pervy eden tetap sayang kat mu lol. Tak lupa juga dia ni pencetus sub-unit Whoopers untuk mereka yang most pervert hahahha \tak boleh blah siot/.
  7. Yadong - Yadong pula dah haha. Siapa yadong ni? Hahaha Dayah ler #ForeverAppleTeam lol. Kitorang punya post pun hebat boleh kalahkan #TeamKlanung okay. Ni sekali dengan Jojo tapi dia macam dah kurang berfesbuk so kurang dah kerapatan kami \lari bawak diri tepi katil/ erghh. Dayah ni satu-satunya madu aku dalam dunia J-Pop. Madu? Bolehlah sebab dia bini Kat-Tun dan aku layan Kat-Tun even aku stan Arashi lol. Sampai macam-macam nama lekat dekat member Kat-Tun hahaha. Gucci la naik haji la omg banyak gila. Haaa so kira madu la sebab pakcik Johnny tu pun pakcik dia juga, err wait atuk Johnny la. Okay whatever nevermind -.-" HAHA Lagi satu, seriously dia je yang macam faham pasal kehidupan aku. Maksud aku kehidupan budak-budak 90-liner. Kitorang minum susu apa, main game apa, layan kartun apa, pakai barang macam mana. Semua dia tahu. Even rancangan apa yang top masa aku kecil tu pun dia tahu. Disebabkan tu juga la unnie rapat dengan Dayah kan lol. Jangan main buah epal dekat tempat yang bukan-bukan ye Dayah. Unnie tak nak bertanggungjawab atas kesukaran yang dialami. Salah satu contohnya, epal scene dengan blender ataupun dalam freezer. Itu amat tidak digalakkan hahhahaha. Kalau bath tub tak apa lol \sepak muka Jun tiga puluh tujuh kali/.
Ada banyak lagi yang nak dibebelkan dan disenaraikan tapi tak menang tangan nak list. Jangan terasa hati ya. Bukan tak nak masukkan tapi diorang ni yang memang kira tengah sangat dan sedang terlalu rapat lol. Tak tahu la kenapa aku merapu macam ni sekali. Sungguh sakai sikap ini. Jangan ditiru. Yang penting, eden sayang semua lol. Ana, Seri, Eisya, Jojo, Tyka, Najun, Nurd, Ikaa, Alis, Nadira, Aina, Lily, Qay, Riana, Elin, Fyra, Hana, Arina, Pikah, Taja, siapa lagi siapa lagi, Dhillah, Afiqah, Ain, Nick, Bibim, Yia, Hannan, Aida, Atq, Yaya, Aff, OMG RAMAINYA *o* lagi lagi, Enul, Lina, Aimi, Maz, Asha, Anis, Sarah, Dyana, Eisha, Yoon, Hafzhan, Na'na, Nafaa, Nani, Wanis, Hazirah, Zaty huh huh huh \semput weyh semput/ ada lagi ke yang tak disebut tu? Sorry la dah putus nafas dah ni lol.

Malam tadi ada event Whoopers yang julung kali diadakan cewah. Kitorang ni hebat siot siap ada Whoopers Awards bagai hahaha. Dan alhamdulillah aku berjaya merangkul tiga anugerah lol poyo gila. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Nak tahu apa yang eden menang? Tu tengok kat gambar atas tu haa. Klik untuk tumbesaran mendadak. Paling bersyukur sebab dapat The Most Caring Member Award tu. Kira aku ni penuh kasih sayang la. Berbaloi juga aku curahkan kasih sayang aku kat Whoopers sampai dapat anugerah tu. Ceh bajet bagi ucapan macam menang dua juta hengget la pula. 

Macam-macam benda yang wujud kat Whoopers ni. Salah satu daripadanya Sekolah Whoopers. Masa mula-mula dulu siapa entah yang suggest untuk buat sekolah ni. OMG lupa la pula mian mian \bow 90 degree/ eheemm. At last eden wujudkan juga untuk korang semua. 

Lagi lagi lagi! Whoopers memang mostly peramah sebab tak segan nak skype skype bagai dengan semua members. Ramai gila la yang join. Ada Nurd, Ikaa, Wana, Eisya, Wanis, Abby, Dhilah, Riana, Seri, Dira, Nana, Milo, Adlin, Ana, Sofia, omg ramai lagi la. Sorry kalau tak disebut. Otak dah jammed tak boleh nak ingat semua nama T-T

Dan yang paling best sekali! Whoopers kaki spam. Tengok tu notifications aku laju macam curahan koko ke ladang gandum dan puuffftt jadilah koko krunch -.-" Erghh merapu lagi \sepak diri sendiri/ lol. Tapi aku suka bila ada sesi spamming ni. Sebab Whoopers memang tempat untuk spam pun. Tak kisah la nak cerita pasal apa pun, semua boleh. Sakit perut, sakit gigi, sakit hati lol semua boleh. Putus cinta ke, ada kekasih baru ke hahahha semuanya memang dikongsi bersama. Nak kata perasaan awkward tu memang macam dah tak ada dah. Kalau kes ignore bagai tu, dulu memang ada yang selalu rasa kena ignore padahal bukan orang nak ignore pun just maybe masa tu banyak post then orang tak perasan post korang lol alasan ni reasonable ke? 

DEDICATED FOR WHOOPERS
Dear Whoopers yang amat dikasihi, sorry kalau eden ada terkasar bahasa serta terlebih gurau yang menyebabkan mana-mana bahagian anggota badan anda lebih-lebih lagi pada bahagian mental menerima kecederaan. Tak pernah terlintas pun nak menyakitkan hati. Kalau ada, selama ni eden just bergurau je. Don't take it serious. Korang semua memang dah dianggap macam family eden sendiri. Thanks sangat-sangat sebab sudi menjadi sebahagian daripada Whoopers dan kongsi segala suka duka korang bersama. Tanpa korang, Whoopers memang tak bermakna pun. Tak kisahlah yang dari awal lagi join ataupun yang baru join ataupun yang dah lima enam tujuh bulan join. Korang semua Whoopers. Once Whoopers, Forever Whoopers! Hope kita semua akan tetap bersama sampai bila-bila. OMG! Sayang korang muahmuahh \kisssseeuuu plus hug/.
Whoopers? Apa yang eden rasa tentang Whoopers? Lagu ni memang dah lama gila eden nak kasi kat korang semua. Lagu apa? Lagu kat bawah ni haaa! Whoopers buat eden rasa gembira, bahagia, sentiasa tersenyum, gelak bagai, menjerit-jerit apa semua. Erghhh imma speechless. Tak tahu macam mana nak cakap. Tak terkata la senang cerita haha. Lagu ni ada dua versi. Original version by H.O.T dengan remake by Super Junior. SM Family sponsor lagu untuk Whoopers Family lol. Yang tu joke -.-" I'm not SM stan kekeke. But to be honest, Whoopers always give me a lot of happiness and I can't describe it with such a word. Whoopers Family, saranghaeyo! Forever jjang!
Layan dua-dua version pun boleh! HAHA


I LOVE WHOOPERS
Till then ByeBye

p/s - MV untuk entry kali ni? Layan je yang dekat atas tu okay.

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Thursday, November 29, 2012

ANNOUNCEMENT || Whoopers 1st Anniversary Project


[STICKY POST | CLICK OLDER POST TO VIEW THE LATEST ENTRY]
ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my dearest Whoopers Family.

[ATTENTION]
THIS POST IS EXCLUSIVE FOR WHOOPERS FAMILY
Entry ini adalah khas untuk Whoopers yang tercinta sekalian. Rasanya semua dah sedia maklum dengan 29 November ni. Ke still ada yang tak tahu lagi? Okay kalau tak tahu tu, sila ambil tahu. This Nov 29 is our 1st anniversary. So ada beberapa plan yang dicurahkan oleh para-para Whoopers sempena meraikan tahun pertama Whoopers bersama. Okay, I know that most of us dah kenal each other lebih daripada setahun tapi kalau as a Whoopers tu officially baru nak masuk setahun kan.
So macam-macam idea yang diberikan oleh anda anda anda semua. Ada yang ajak webcam ramai-ramai, ada yang suruh buat contest, ada yang nak buat minta maaf beramai-ramai. Macam-macam lagi la. Bab bagi idea mengarut merepek meraban ni memang serah kat Whoopers. Kan kan kan kan *ketawa gedik*
Buat masa ni dua projek utama memang dah ditetapkan. Yang first untuk twitter project. Rasanya ramai yang dah tahu. Kita akan trending hashtag #Whoopers1stAnniversary pada 29 Nov ni. Tepat jam 12 malam. Macam biasa la trending pukul 12. Nak buat pukul 11 kita ni bukan kat Korea sana tu. Naik trending atau tak, itu tak penting. Yang penting usaha kita. 
Dan yang kedua pula, projek untuk blogger. Of course la masing-masing ada blog kan. Sebab kita ni memang blogger. Itu yang paling utama. Tak ada blog, kita pun tak ada makna jadi Whoopers. Yang ni diwajibkan untuk semua ahli. WAJIB WAJIB WAJIB! Bukan susah pun, post entry untuk satu segmen je.
Macam mana nak buat entry tu? Okay firstly, upload gambar kat atas tu sebagai main picture untuk entry then letak tittle SEGMEN WHOOPERS 1ST ANNIVERSARY. Tak kisahlah nak letak huruf besar ke kecil ke asalkan tajuknya yang tu. Nak letak titik bertindih ke sempang ke tak kisah la. Rasanya kalau terangkan benda ni kat korang dalam bentuk point lagi mudah kot.
  1. Buat satu entry bertajuk SEGMEN WHOOPERS 1ST ANNIVERSARY 
  2. Upload gambar banner dan letakkannya sebagai gambar utama.
  3. Buat satu cerita ringkas mengenai saat-saat anda bersama Whoopers Family
  4. Nyatakan waktu anda mula-mula menyertai Whoopers dan pandangan pertama anda mengenai Whoopers.
  5. Letakkan nama bias dan juga madu-madu anda jika ada.
  6. Senaraikan 5 Whoopers yang rapat dengan anda dan nyatakan sebab-sebabnya.
  7. Upload apa sahaja gambar kenangan mengenai anda dan juga Whoopers.
  8. Bebel apa saja yang anda mahu tentang Whoopers sepanjang setahun anda bersama.
  9. Sertakan sebuah lagu ataupun music video yang membawa erti Whoopers bagi diri anda.
  10. Publish entry anda dan comment link entry anda pada entry ini.
Itu saja cara nak join. Mudah kan kan kan. Ianya terbuka kepada semua warga Whoopers Family tidak kira sama ada anda kurang aktif ataupun terlebih aktif. Tiada sebab untuk menyatakan tidak aktif sebagai alasan. Tempoh untuk segmen ini adalah bermula daripada 24 November sehinggalah 4 Disember. Kepada Whoopers, sila sampaikan pesanan ini kepada Whoopers yang lain ya. Semoga projek ini berjalan dengan lancar. Sekian harap maklum, terima kasih. Pesanan penuh kasih sayang, Founder.
Till then ByeBye

Jom layan lagu sexxxaaayy ni sebelum pangkah tab
kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Saturday, November 17, 2012

NONSENSE

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello earthlings.
Nak capai apa la tu =='
Guyyysss guisee gaizeee \scream/ lama rasanya I tak mencarut membebel secara random. Okay ni pun I tak tahu nak bebel pasal apa. Random talks je la. Lebih kepada nonsense adalah muahahaha. By the way blog ni bertukar wajah lagi setelah sekian lamanya tak ditukar. Cehh macam ye ye je tukar wajah. Orang lain tengok tak nampak ada yang bertukar pun. Alahai sebenarnya memang dah banyak yang ditukar. Perasan ke tak, lantak la. Macam ada je yang nak ambil kisah pasal tu kan lol.
Sekarang ni banyak pula idol yang sibuk buat comeback. Lepas satu, satu lagi yang comeback. Sememangnya semua serabai nak comeback waktu macam ni. Winter season feeling la kononnya. Maklum la tak lama lagi nak start winter dah. Yang sakit hatinya sebab sekarang ni I memang tengah rabak. Kelabu mata je la tak dapat beli album mereka yang dicintai tu. Nak guna duit meniaga memang tak la kan. Mana boleh campur hal bisnes ngan personal matter cewaahh geli betul haha. 
Sebenarnya tadi rasa macam banyak je yang I nak bebel tapi bila dah menghadap natang ni, jadi blank la pula. Kepala hotak dah fikir YouTube je. Almaklumlah pengguna setia YouTube hehe. Malam ni rasanya semua asyik bergelak sakan layan Maharaja Lawak Mega. Sampai trending kat twitter tu haaaa. Tak adalah best mana pun. Harapkan Jozan je la yang boleh buat kering gusi. Yang lain tu memang minta ketawa yang dipaksa-paksa. Rasa macam sia-sia je masa yang terluang tu. Baik layan RunningMan my favourite tu lol :D Confirm dah memang akan ketawa haha.
Lick it lol 
Haaaaaaa sejak dua menjak ni FTISLAND macam dah jauh dari hidup I haihh TT-TT Entah kenapa jadi macam tu pun tak tahu la. Tapi kalau nak tinggalkan tu memang takkan jadi sebab Hoonie is my hubby forever and ever even he's become hotter and hottest nowadays ==' \sigh/ Memang tak dapat dinafikan kenyataan itu. Dan madu pun dah semakin ramai dan ramai dan ramai dan ramai alahai. Oleh itu, dengan ini diumumkan bahawa sifat pervy dalam diri I akan semakin bertambah. Bahan pun dah ada, VIXX tu anytime je reveals some part sana sini. Okay ayat I memang gila bercelaru. Dah macam kepala hotak ni juga. Kusut memanjang. Alahai nak spam gambar VIXX banyak-banyak kat sini tapi tapi tapi tapi risiko memang tinggi untuk penambahan madu yang sangat tidak dialu-alukan. Spam kat tumblr je la jawabnya. 
Rasa macam mengarut dan mencarut gila entry kali ni. I memang tengah meroyan macam mati anak pun. Tadi habis twitter profile tu I tukar 100% sampai dah tak meninggalkan tanda-tanda pencinta Hoonie yang dah tak berapa honey. Then tukar blog ni pula. Haihhh memang kalau yang tak kenal tu memang takkan tahu la my real fandom lol. My fellow Primadonna, do not worry about it too much. Habis tadi kena serbu kat twitter pasal benda ni. I am still Primadonna la. Saja tak nak bagi too obvious di mata orang lain. Dan ianya bersebab. Okay stop. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Nak makan ais krim pula. Syok layan ais krim lepas gosok gigi ni hahaha. 
See you guys next entry ByeBye

Sebab I sayang budak ni lebih dari Hoonie

p/s - terpulang la nak percaya ke tak sebab entry ni absolutely merapu

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Thursday, November 15, 2012

Official/Unofficial Poster & FTISLAND 4th Mini Album GROWN-UP For SALE

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely readers.
Setelah berfikir beberapa kali, akhirnya I dah decide untuk jual my personal collection item yang memang dah tak larat nak simpan dah ni. So tanpa membebel panjang, just straight to the point. I want to sell my FTISLAND 4th Mini Album Grown-Up [unsealed] with quality of 98% guaranteed. I pernah pasang sekali je. Tu pun masa first time nak try dengar. I ada banyak album yang sama so that's why nak jual. Ni dah berbulan-bulan fikir nak jual ke tak nak. 
Albumnya seperti yang tertera kat atas tu. Warner Music Taiwan version. CD + Photobook without poster. Semua still in good condition sebab I memang simpan collection item dengan sebaik mungkin. Sebarang pertanyaan boleh direct tanya dekat I sendiri. Just contact my own facebook/twitter. RM40 excluding postage. Harga boleh runding. Tapi ikut la mood I macam mana. Pandai nego, pandai deal, dapat la macam yang diinginkan. 
Poster pun melambak-lambak ni. Official and unofficial poster for sale. Yang official semuanya tak berlipat. RM25 with tube excluding postage. Official poster available; EXO-K, EXO-M, T-ARA, BEAST, BIG BANG, INFINITE, B1A4. Official poster with autograph RM55 with tube excluding postage T-ARA. Unofficial poster folded double sided available; TVXQ, Super Junior (13 and 10 members), BEAST, SNSD, INFINITE, T-ARA, EXO, BIG BANG, 2PM, 2AM, SHINEE etc. Unofficial poster harga boleh runding kalau beli secara lambak. Makin banyak makin murah. Sebab memang tak nak simpan dah.
Selain tu ada juga photocard 4R size tapi yang tu belum sampai lagi. 4R photocard tu bukan my personal collection item. Tapi barang k-shop I sendiri. New item maaa. Alang-alang promote sekali. Maklum la I ni jarang sikit handle k-shop tu. Setakat ni yang available for pre-order, 4R size photocard set 10 pieces RM20 for group. Nanti kalau ada yang berkenan nak order direct dengan I, boleh la I kasi set group yang available. Sementara cuti ni je I boleh handle kedai tu. Dah start sem baru nanti memang tak la kan. Okay, anything just directly ask me. By the way, yang mana order dulu akan dapat dulu. First come first serve. No special connection or whatever it is.  
Till then ByeBye
Hoonie Honey makin lama makin hot T-T
kiddozoey 


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday #32 | I AM ALIVE

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely viewer(s)
Yeah this is me, myself who typing this entry. I am alive, still alive. I am back from my hiatus. How have you been? Such a long time since my last entry. But I'm gonna make it short because it's wordless Wednesday. Right now, I'm taking a bit time for writing my next one-shot fan fiction.
Well, see you guys next entry ByeBye 
This one is for YOU

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Tuesday, October 9, 2012

HIATUS

ASSALAMUALAIKUM ! 
Annyeong haseyo. 
Hello earthlings.
It is just a short entry. I don't have any energy for blabbering right now. Tired already. And final examination is around the corner. I know that it's such a long time since my last post. I want to update my lovely blog everyday if I really got time but I don't. Dear time, please do not kill me! Erghhh I'm struggling for my final year right now. It's very hard to face it guys. Assignment overload -.- and my schedule was really tight and pack. Duhh it's really such a big problem because I can't manage my time properly. My bad huhh.
Due on my examination, I'll considered myself as on hiatus. Actually I wanna put my hiatus status since last month but I realized that I still have several things to be settled on. Just let it be. Can you do me a favor please? Just wish me all the best for this year. I don't have enough strength and hope your cheers may increase and makes my spirit become more bright -.- duhh what was that mean? Okay okay okay. There's another thing that I have to tell you especially for those who are following my fan fiction series. I will not write any for a month perhaps. It will not take a long time. I'll surely come back soon. And I would like to announce that I'll stop writing my fan fiction for a time being. 
Dear my lovely readers, sorry sorry sorry. I am so sorry. Begging for your forgiveness because my fan fiction had been delayed for almost two months I think. I'd face some difficulties with my lappy. Some of my folder was crack. All of my story line and draft was there -.- It was inside that folder and it has been cracked already! Such an asdfghjkl laptop! By the way, I'll never give up on writing it. Don't worry guys, as long as I have you as my supporter, I'll continue to write more. Thanks a lot for your love and support. Hope to see you soon.
Till then ByeBye ♥

kiddozoey


Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


Sunday, September 30, 2012

ANNOUNCEMENT TO WHOOPERS FAMILY

[STICKY POST | CLICK OLDER POST TO VIEW THE LATEST ENTRY]
ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo.
Hello my lovely Whoopers Family.
[ATTENTION] 
THIS POST IS EXCLUSIVE FOR WHOOPERS FAMILY
Tujuan post ini adalah untuk memaklumkan kepada Whoopers sekalian bahawa design untuk our official tee dah pun siap. Kita akan guna gambar seperti di atas \as being used as our official twitter backgroud/ dan disebabkan ramai dikalangan kita yang bertudung, rasanya lebih elok tulisan tu biar kat bawah je. Jadi tak adalah tertutup pun kan. Mula-mula tu memang nak masukkan logo yang dayah design. Tapi lepas adjust sana sini, logo tu susah nak center. Lepas tu bila dah tunjuk kat my friend seorang ni, dia tanya motif logo tu apa? Macam nampak sesat sesat -.- lol sesah entah apa kebenda pun tak tahu la. 
Jadi nak dimudahkan ceritanya, terhasil la design yang serba ringkas macam ni. Warna untuk t-shirt pula, rasanya better pilih hitam. Sebabnya? Haaaa sebab hitam nampak kemas bak kata Rain HAHAHHA Tapi kalau nak putih, I'll try as best as I can untuk dapatkan untuk you all. Everything for you la! kekeke. Ukuran baju pula, later I'll give the details information. So far you all just order using your own usual size. Kira letak size baju yang biasa anda anda anda sekalian pakai la kan. Ni untuk confirm order je dulu. 

Design asal nak ambil yang first tu. Tapi nampak too simple pula. Kalau ramai nak yang design 2 pun okay juga. Tengok la sebulat suara macam mana. Minimum order yang perlu dicapai adalah sebanyak 30 helai. Masing-masing duit raya banyak kan. Jadi sila-sila la beli untuk membuktikan anda adalah seorang Whoopers. Bukan untuk orang lain pun. Sendiri juga yang akan pakai tu kan. Mana tahu kalau ada Whoopers yang tak kenal satu sama lain, tiba-tiba terserempak dekat bandar ke kan. Secara tak langsung terus boleh bertegur sapa. Yalah, kita kan satu family gitu kan. By the way, kepada mereka yang tak vote lagi poll yang I'd post on our official group page \cewah semua main official sekarang ni :D kelasssssss/ and make sure you all vote okay. Senang sikit nak tahu apa yang korang nak. 
Okay, cukup dengan merapu yang entah apa-apa tu kan. Jadi jangan lupa la ya confirm order tu. Hari tu dekat 40 orang juga rasanya yang memang dah setuju dengan plan ni. At least it should be 30 pieces okay. Anything just PM me on facebook or tweet @darla_carolina. Tu button floating kat sebelah kanan tu haaa. Klik je kalau nak tanya apa-apa. Kalau bukan Whoopers tapi rasa teringin nak join and buy this one pun boleh. Audition session with me first okay. Yang mana nak confirm order, boleh terus PM kat my official facebook. Do not forget to drop your full name, phone number, address, and preferable size. Then I'll confirm it. Lepas tu kita borak-borak hal lain terus untuk sebarang pertanyaan. 
Till then ByeBye


kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity