Tuesday, February 21, 2012

Tak Perlu Susahkan Orang Lain Jika Diri Sendiri Boleh Lakukannya

ASSALAMUALAIKUM !
Hello my lovely readers.
Fuhh panjang gila tajuk entry kali ni. Memang itulah tajuk terbaik untuk cerita yang I nak sampaikan. Based on the true story. Baru je berlaku sebentar tadi \cewah/. Sebenarnya tadi I ada kelas pukul 5.30. Of course petang. Tak mungkin 5 pagi. Oleh kerana lecturer tu memang terlalu baik hati, kelas habis dalam pukul 6.30 macam tu la. Hari Selasa macam ni memang ada pasar malam dekat dengan campus I tu. Alang-alang, singgah la cari makanan nak mengisi perut. Senang sikit, tak adalah sibuk balik nak pung pang pung pang masak kat dapur.
I pun dengan lincah kaduk la masuk dalam pasar malam tu lepas tu round sekali dulu. Tak beli apa-apa. Bila dah patah balik baru beli. Tu memang habit I, tak perlu pelik \walaupun I memang pelik/. Beli la air tebu secawan dulu buat bekalan sepanjang perjalanan. Mula-mula ingat nak beli satay, pastu tak jadi sebab hari tu baru je makan satay. Lama kot fikir nak beli apa. Kejap nak beli kebab, kejap nak beli nasi kerabu, kejap nak beli char kuey teow. Last-last tak beli pun benda tu. 
Oleh kerana nak cepat, I pun beli la murtabak daging sekeping sebab tengok kat kedai tu tak ramai orang. Lepas tu beli apam balik besar satu, apam balik kecil \yang keras rangup tu/ dua ringgit. Lama gila tunggu turn apam balik kecil tu sampai kat tangan I ni. Nasiblah nak makan sangat benda tu, kalau tak memang tak inginnya beratur tunggu turn. Sebab dah tak tahu nak beli apa, I beli la rangka ayam yang tiga ringgit tu seketul \eh seketul ke namanya? bukan seekor? LOL/ pastu lincah gerak nak balik. 
Masa on the way nak balik ke parking, I lalu kawasan apam balik tadi. Serius memang ramai. Pack gila. Masa tu kebetulan la ternampak seorang pakcik ni. Dah tua dah, dalam lingkungan 50 ke 60 rasanya. Tak sempat tanya umur dia. Kesian pakcik tu. Seorang diri je kat pasar malam ni. I pun tiba-tiba ringan mulut tanya pakcik tu, "Pakcik datang dengan siapa pakcik? Seorang je ke?". Pakcik tu tengah bersusah payah nak beli apam balik. I tengok memang tak sampai hati. Actually pakcik tu dah tak ada kaki kedua-dua belah. Dia pakai kerusi roda yang sorong tu. Pakcik tu pun jawab, "Pakcik seorang ja, anak pakcik tak ada kat sini. Kerja jauh. Makcik hang pula tak ada kat rumah. Rumah pakcik belakang tu ja pun" \pakcik ni orang Kedah okay/ I anggap yang isteri dia mungkin tak balik kerja lagi, sebab tu tak ada kat rumah. So, I angguk je la tanda faham. 
Lepas tu, I tanya lagi soalan cepumas kat pakcik tu. "Kenapa pakcik susah-susah datang sendiri? Kenapa tak minta tolong orang belikan untuk pakcik je? Kalau hujan nanti habis pakcik basah kuyup." Tambahan pula sekarang musim hujan waktu malam. Tapi jawapan pakcik tu betul-betul buat I terharu, sedih, terkejut, terkilan, haihh semua la senang cerita. Pakcik tu dengan berbesar hatinya jawab,
"Pakcik bukan tak boleh beli sendiri. Buat apa nak susahkan orang lain kalau pakcik sendiri boleh beli sendiri. Pakcik dah biasa dah lagu ni." 
Sumpah masa tu I memang impress gila. Sedangkan I yang cukup sifat ni pun selalu suruh orang lain buat itu ini. Rasa nak menangis pun ada masa tu. 
Tapi pakcik tu sentiasa senyum je masa berbual tadi. Sebab I tengok langit pun macam tak berapa nak membantu pakcik tu, I pun bagi la sebungkus apam balik yang dibeli tadi kat pakcik tu. Sebab kesian gila nak biar pakcik tu tunggu turn beli apam balik dekat kedai yang ramai-ramai tu. Entah bila sampai turn pakcik tu pun tak tahu la. Walaupun I jumpa pakcik tu secara kebetulan dan berbual tak sampai sepuluh minit pun, I dapat rasa pakcik tu memang hidupnya tak berniat nak menyusahkan orang lain. Kalau pakcik yang dah berusia lebih setengah abad dan kurang upaya lagi tu pun boleh buat kerjanya sendiri, mengapa tidak kita insan sempurna yang tiada cacat anggota. Bersyukurlah dengan segala kurniaan yang telah diberikan kepada kita dan manfaatkannya sebaik mungkin.
See you guys next entry ByeBye
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


No comments: