Tuesday, September 6, 2011

Entry 2 in 1 | Raya + K-Drama ♥

ASSALAMUALAIKUM !
Hello my lovely viewers .
Miss you guys so much .
Gambar gedik diatas sekadar hiasan sebab ikut sukahati I la , my blog right :D Okay sumpah memang rindu nak membebel panjang . Ni boleh dianggap sebagai entry bebelan lepas rindu :D Hari-hari update blog pun still rindu ke ? Pelik kan kan kan . Yalah , yang diupdate hari-hari tu bukan pasal I pun tapi challenges k-pop tu haaa . And now it's all done ! I dah berjaya menyelesaikan cabaran 30 hari k-pop . Yeahhh !
Rasanya macam belum terlambat nak wish selamat hari raya . Berapa kali nak wish pun tak tahu la , selagi belum habis raya selagi tu la I akan wish agaknya :D Ada ke patut bagi cuti seminggu je raya -____-" Tak puas betul beraya tahun ni . Bersyukur , at least dapat juga raya dengan family kan .
Gambar raya tahun ni :) Mood Syawal 2011 ♥ Tema biru langit dan biru laut HAHA hentam bedal asalkan biru . Nampak tak senonoh je I dalam gambar ni sebab tak ready pun tiba-tiba dah snap . Err kalau nak tunggu I ready memang kena 5 6 kali snap la baru okay . Ngeee :D Actually my lovely little brother tu pakai samping tapi apa kes entah samping ye tak kelihatan dalam gambar -_-" singkat sangat agaknya . Muka my parents macam menyirap je . Tak boleh blah betul . Kes tahan panas la ni kekeke .
 Yang ini pula gambar raya last year . Ni studio punya gambar so nampak macam meriah sikit -___-" haha . Gambar ni pun I tak tahan nak gelak tiap kali tengok . Kan ada tiga kali snap , entah kenapa la photographer tu nak juga pilih yang ni untuk dibingkaikan . Habis semua susunan gigi yang tak tersusun tu terserlah #ayat bersepah :D Dah tu , gambar ni buat I nampak sangat sangat sangat gemuk -___-" Errr memang I gemuk pun but gambar tu buat I nampak lebih gemuk daripada biasa . Okay whatever , dah setahun berlalu dah pun .
Sekarang ni I memang tengah busy gila dengan midterm and assignment yang menimbun tak tahu la bila nak siap . But still menghadap lappy , dok update blog everyday . #LOL :D Belajar bila perlu , ulangkaji jika mahu (!) Motto untuk study . Ngeee . Dalam busy macam ni pun still teruskan hidup menonton drama Korea yang tak pernah habis .
Anyone yang tahu cerita ni ? I baru je habis tengok cerita ni . Suka gila jalan cerita but ending ye habis macam tu je . Kalau kahwin terus kan best :) Baru la heaven kekeke . Start from episode #1 dah memang best . Daebak ! I bagi ♥♥♥♥♥ (5♥) markah penuh kat cerita ni :) Sebab dapat memuaskan hati I dengan jalan ceritanya . Hati pun berbunga-bunga je bila tengok satu episod ke satu episod . Heee ♥
Pencinta K-Pop sure tahu cerita ni kan . Baru je habis ditayangkan kat Korea sana tu haa . I dah tengok sampai episod 13 . Ngantuk sikit la tengok cerita ni #jujur HAHA . Tapi sikit je bukan banyak pun . Tengok cerita ni pun sebab ♥ Yong Hwa but bila dah tengok , ada Oh Wonbin la pula . Walaupun extra kira okay la kan . Asal ada sudah :D Setakat ni I bagi ♥♥♥♥♥ (3♥) sebab belum habis tengok so tak tahu ending ye macam mana . Dah habis tengok nanti I bagi markah betul-betul punya kekekeke .
Cerita ni pula sumpah best ♥ heee . Kalau tak silap I cerita ni main kat MBC (channel Korea) bulan Februari lepas . Pun belum habis tengok lagi . Baru dekat episod 10 . Kejap lagi nak sambung tengok *tengah charge my portable dvd player kasi penuh :D Tak sabar nak tahu ending cerita ni . Kalau you all nak tengok , tengok la . Sumpah best , I promote ni . Ngeee . I kasi ♥♥♥♥♥ (4♥) sebab belum habis tengok juga . Kalau dah habis tengok mesti dapat markah penuh . Tapi depends with the ending la . If the ending not as what I'm expected -_____-" maybe the marks will be deducted (evil sights of me) 
Pergh gila panjang bebel . Enough maybe . Ayat pun dah makin banyak merapu sebab jarang menaip sejak kebelakangan ni . Hope you guys enjoy reading and smiling di hari raya yang mulia ini *mengarut lagi               -___-" 
See you guys next entry ByeBye ♥
p/s - Cik Puan Hongki aka Gyuri telah menjemput I menyahut cabaran 30 hari FT Island . Maybe I akan start esok . So jangan nak menyampah pula kalau asyik tengok I update about FT Island okay (!)

Lagu OST Lie To Me ♥ Best Best Best :)
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


2 comments:

♥ cik puan hongki ♥ said...

mmg hari2 ft island lah lpas nie kan ^^ hahaha..btw i bru nk tgok sume citer2 tu..ahahaha.. ketinggalan sungguh :(

darla carolina said...

taw tape . fti sesaje lhaa pasni :D heee . haaa make sure tgok lie to me dlu . best gilaaaakkkk (!) daebak ♥ haha