Thursday, December 8, 2011

K-POP Addicted Sometimes Makes People Look Scary

ASSALAMUALAIKUM !
Annyeong haseyo :)
Hello my lovely viewers.
ENTRY INI AGAK PANJANG
Baru-baru ni ada seorang remaja yang telah menjadi mangsa pengguna internet dan dijadikan bahan troll (Tak tahu apa itu troll? Semak >sini< okay) di laman sesawang blogger. Sebuah blog diwujudkan hanya untuk mengutuk k-pop. Kutuk? Tak adalah sampai betul-betul mengutuk. Cuma sekadar menyatakan bahawa k-pop tu tak semegah mana jika hendak dibandingkan dengan dirinya. 
Pada awalnya, siapa menyangka komen mengenai entry yang sekadar tiga empat baris ayat itu boleh mencecah ribuan komen. Sumpah yang ini memang I sendiri cemburu. Komen I tak pernah jejak ratusan pun *pity me*. Tapi adakah peminat kepada k-pop yang bashing di kotak komen itu salah? Okay, I admit that penggunaan bahasa memainkan peranan. Sesetengah orang memang tak reti mengawal bahasa yang mereka guna. Ada yang sampai menggunakan pelbagai jenis makian serta carut-marut di komen blog berkenaan. Tapi bila ada khabar angin yang mendakwa pakcik kepada budak yang menjadi mangsa troll itu ingin mengheret tukang komen ke balai polis sama, ia sangatlah tidak logik.
Siapa yang salah di sini? Adakah tukang komen? Ataupun faker yang mewujudkan blog berkenaan? Apa tujuan blog itu diwujudkan? Bila I dapat tahu yang budak ni telah pun dijadikan bahan troll, seriously I feel pity on her. Macam mana kalau I or any of my family members jadi mangsa macam budak ni kena, for sure I akan pressure. I knew that budak tu akan rasa yang sama. Yalah, siapa yang tak down bila ada orang tak kenal bashing kita tak tentu hala sedangkan kita tak buat pun benda tu. Sekarang ni penggunaan internet sangat meluas sehinggakan mereka yang berusia sekitar 6-7 tahun sudah mempunyai akaun Facebook serta Twitter.
So k-poppers, please jangan menunjukkan perilaku kurang sopan serta bahasa anda yang sangat penuh dengan carutan itu kerana pada masa yang sama k-poppers lain akan turut terkena tempiasnya. Bukan k-poppers sahaja. Kesemua para peminat segala artis pun sama. Sebagai contoh, bila ada artis yang dijadikan idola mereka dikutuk, serta-merta tanpa rasa ragu dan yakinnya mereka akan segera memenuhi kotak komen dengan bahasa yang kurang menyenangkan. Tambahan pula ada yang sanggup komen untuk berbunuhan hanya kerana untuk membela artis tersebut.
Okay, let's think rationally. Bila kita bersungguh-sungguh membela artis tersebut, \segala artis dalam muka bumi ni terlibat/ adakah artis yang dibela tu tahu bahawa kita ni dengan bangganya membela dia? Sudah tentu tidak. Jadi untuk apa kita nak berbangga dengan apa yang telah kita lakukan. Bahananya di sini bila you all dah komen tanpa fikir apa yang akan terjadi lepas tu. First dosa memang la bertambah sebab dah mencarut. I malas nak ambil kisah tentang dosa you sebab I sendiri dah berbakul dosa gamaknya. Second, orang melayu sendiri dah kelihatan dengan jelasnya kurang pengetahuan dari segi bahasa dan juga sivik sedangkan parents dah habis duit hantar you all pergi sekolah since tadika lagi. Then perpecahan mulalah berlaku. Yang si A nak bela diri dengan kutuk-mengutuk, si B pun berbalas kutuk-mengutuk tanpa rasa bersalah. Mana hilangnya perpaduan dan ukhuwah kita? Ini ke orang Melayu? Suka bergaduh sesama sendiri? 
I bukan nak cakap yang I ni bagus sangat tak pernah bergaduh dengan sesama kaum. Tu lain cerita. Yang ni lain cerita. Please la kan. Takkan kerana seseorang itu tak berminat dengan k-pop, kita nak pergi maki dia. Biarlah, minat masing-masing. Just suruh dia respect other interest tu dah cukup. I pun k-poppers juga. Bila sesetengah k-poppers pergi bashing mana-mana blog owner yang kutuk k-pop ni, mesti orang akan anggap yang k-pop ni bahaya sampai boleh buat budak-budak jadi gila. 
Ada yang cakap k-pop tu boleh meruntuhkan akhlak, buat budak jadi tak tentu hala, ada yang sanggup bermatian serta berbunuhan, ada juga yang cakap k-pop ni membuatkan akidah terpesong. Tapi apa puncanya? K-pop tu hanya hiburan semata-mata. Bila ada k-poppers yang macam disenaraikan tu, secara automatik k-poppers yang lain akan terlibat sama. Bukan semua k-poppers tu obses sampai jadi gila, hilang kewarasan, sanggup berbunuhan segala bagai. Come on la! Wake up guys! Berpijak pada dunia yang nyata. Tak salah kalau nak minat artis tak kisahlah artis tu Bieber ke Faizal Tahir ke Hrithik Roshan ke Ziana Zain ke Rain ke semua semua artis la. Tak kisah nak minat sampai cakap I love you apa semua. Tapi jangan jadi hilang akal sebab mereka. Sebabnya? Haaaa sebab mereka mereka tu tak tahu pun yang kita ni wujud dan menggilai mereka setengah mati. 
Ada juga yang bising-bising bila k-poppers sanggup menghabiskan duit ratusan ringgit semata-mata untuk menghadiri konsert k-pop tu. Biarlah, bukan ke tu hak mereka. Duit yang diorang guna tu bukannya duit awak cik adik cik abang cik akak oi. Beliebers pergi konsert Justin Bieber you all tak nak kecoh pula kan. Mungkin sebab k-pop sedang dianggap sebagai trend sekarang ni. K-poppers beli goodies segala bagai yang berkaitan k-pop tu pun sebab minat. Macam yang I dah bagitahu tadi, minat setiap orang tu berbeza. Kalau semua orang minat benda yang sama, mesti la bosan bila pusing-pusing asyik benda tu je. 
Kepada orang yang menghina k-pop tu, henti-henti la buat macam tu. Kenapa mesti kutuk-mengutuk? Kalau betul tak suka, bagilah pendapat secara berasas. Contohnya, aku tak suka Najwa Latif sebab dia nyanyi lagu mengarut sampai boleh masuk final Juara Lagu padahal lagu dia setakat macam tu je. Itu contoh je, kang naya I kena bashing dengan peminat Najwa Latif. Haaa peminat Najwa Latif tak payah nak membela dia sangat lepas baca contoh yang I bagi. Contoh je pun. 
Bila I buka shoutbox I, ada seorang insan ni suruh I baca entry dekat sebuah blog peribadi ni. For sure that entry is about k-poppers. Tajuk entry tu terang dan nyata sangat negatif Peminat K-Pop Yang Bodoh. Okay siapa tak terasa kalau dia peminat k-pop kan. Cuba kalau tajuk tu Peminat Anuar Zain Yang Bodoh tak pun Peminat Britney Spears Yang Bodoh. Mesti you all akan terasa kalau you adalah peminatnya kan kan kan. Seriously sebenarnya penulis entry tu yang bodoh sebab buat entry macam tu. Apa yang dia cakap ada betulnya tapi tak semua. Memang la artis k-pop tu tak sunat. Sebab diorang tu non-Muslim cik abang oi. Kalau macam tu, orang yang minat Vince Akademi Fantasia tu bodoh la ya. Be matured la kalau nak menulis tu pun. Bukan semua orang kat Malaysia ni Muslim. Buatnya Chinese or Indian yang baca entry tu, tak ke terasa hati dia. 
Manusia ni memang banyak kekurangannya. Mungkin penulis tu tak terfikir pasal benda yang I cakap. Dia cuma terfikir yang mostly orang Melayu je yang baca blog dia tu. Perhaps. Who knows right. I tak salahkan dia seratus peratus. Tapi bab yang menyamakan artis k-pop dengan nabi tu memang I sangkal habis-habisan. Tak ada pula istilah nabi tu rama-rama dalam bahasa Korea. Nabi dalam bahasa Korea disebut Yeeonja. Perkataan nabi tu bukan ke bahasa Melayu. Takkan la orang Korea nak guna bahasa kita pula. Bila penyataan macam tu muncul, yang terlintas di akal fikiran I ni just err budak yang tulis ni tak ada otak ke? Bukan semua orang Korea tu non-Muslim. Ramai juga penduduknya yang menganuti agama Islam. Diorang tak ada masalah pun minat k-pop ni semua. Malahan ada yang boleh membaca al-Quran jauh lebih baik dari kita. 
So, salah ke kalau nak minat k-pop? Obviously not! Tak salah pun nak minat k-pop bagai. Benda tu hiburan je pun. Bukan ke dunia kita ada pelbagai jenis hiburan. Minat orang tak boleh dihalang. Tapi kalau nak minat tu beringat la juga. Jangan sampai pelajaran apa semua dilupakan. K-pop tu tak membantu masa depan pun. Sekadar menjadi hiburan sahaja. Entry ni sekadar untuk menyuarakan pendapat. Tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana individu.
See you guys next entry ByeBye
Whoopers diharamkan sama sekali terlibat dalam kegiatan bashing seperti ini! Harap maklum.
K-poppers, nah layan MV baru Boyfriend
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


12 comments:

Aff_KS said...

Daebakkk!

darla carolina said...

@Aff_Fishy - gomawo ♥

Lina Azhar said...

hmm...eden setuju dengan pendapat unnie pasal hal ni,sbb dorang tak boleh salahkan kpoppers yg minat kpop,sbb dorang (kpopppers) mempunyai minat yg tersendiri,and kpoppers takde pun kacau org lain punya hal...:)

LEJENDA said...

huiyo!! DAEBAKK !!!

darla carolina said...

@Nor Azlina - yappp . thanks for supporting me (Y) nyahaha

darla carolina said...

@Aida Yeolliepop - thankiss ☺

Lina Azhar said...

hehe,welcome unnie ^^
alamak!ada typo lah!>< omg! haha

darla carolina said...

@Nor Azlina - nyahaha . ade ke ? mane ? errr biar jepp ><

MieyL said...

Waaa. Unnie ! DAEBAK meyh ! Nak share boleh?

Adina Ammyza. said...

waa. so true ! nak share dlm my blog boleh tak?

darla carolina said...

@MieyL - thankiss :) boleh jepp .

darla carolina said...

@ameyza yuswadi - ofc boleh , jgn lupe credit . btw thanks :)