Tuesday, November 15, 2011

No More K-Pop | SERIOUSLY?

ASSALAMUALAIKUM !
Hello my lovely awesome readers :)
Entry ini mungkin agak panjang bagi sesetengah pembaca.
Tak nak baca sila pangkah.
Peace kepada mereka yang masih sudi membaca.

 AMARAN: ENTRY INI TIDAK DITUJUKAN KEPADA SESIAPA 

Tajuk entry tu saja kasi gempak. Actually tak ada kena-mengena dengan I pun tajuk tu. Aaaaaaaaa~ Ni kes Greyson Chance tu la . Orang kata \orang yang kata okay/ benda-benda macam ni semuanya macam ikut trend or as know as phenomenon. Kalau nak tahu benda tu jadi fenomena ke musim ke trend ke tak, you all boleh perhati dekat news feed or timeline twitter you all. Benda paling banyak disebut kat status, tu la fenomena. Yang melambak orang tweet, tu la jadi trend. Tak percaya? That's your problem.
Tapi apa kes dengan tajuk "No More K-Pop" ni? HAHA saja je nak troll. Cari publisiti murahan. Kalau orang lain boleh, apa salahnya I buat sekali-sekala LOL :D mesti k-poppers yang klik tadi rasa macam asdfghjkl je masa terbaca tajuk tu kan. Just let it be. Ada yang cakap Usher salah pilih orang. Dia patut pilih Greyson tu berbanding dengan Bieber. But the problem is, kau tu Usher ke sampai tahu apa betul apa salah. Biarlah dia nak pilih siapa pun. Itu hak dia. There's no need to mess with all that damn thing *over* -.- Masing-masing ada citarasa tersendiri. Maybe you lebih suka Greyson but Usher more prefer Bieber than him. Who knows right. Seriously that Bieber dah buat duit banyak gila untuk Usher. Takkan la Usher nak announce kat media then bagitahu kat you all semua yang dia dah salah pilih. HELL NO ! Kalau I ni Beliebers, memang sumpah Usher tu kena rejam dengan I. 
He's supaaa cute right ><
Sumpah lagu Justin Bieber memang sedap. He's also talented. Bukan Greyson Chance je yang berbakat dalam dunia ni. Wait wait wait. Mesti ada yang tengah sumpah seranah I dalam hati sekarang ni. Yeaaahh, imma k-poppers but still I do listen to English song. Universal la babe! Takkan nak dengar satu jenis lagu je. Jawabnya memang tak ke mana la hidup tu. Muzik memainkan peranan dalam hidup. No jokes! And lagu Bieber memang best. Contohnya, Never Say Never tu haa. Tapi ada juga yang anggap lagu tu macam sesuatu yang negatif. Sounds like this - "Kalau semua kau never say never, takkan orang bagi drugs pun kau ambil." Hey, come on la dude! Be positive. Ni la orang melayu kita \tak semua la/ suka sangat fikir negatif. Kalau macam tu kenapa tak fikir negatif dengan slogan "Malaysia Boleh" tu? Banyak benda negatif boleh dikaitkan dengan slogan tu. Am I right? So the point here is do thinks positive first!
He's also cute >< 
Greyson Chance ni pula lain cerita. Entah dah berapa lama dia jadi artis, you all baru nak sibuk ambil tahu pasal dia. Lepas tu mula la tuka lagu blog, layout, background, segala bagai semua letak sumbat si Greyson ni. Asal-usul kewujudan dia sebelum ni ada you all peduli? Tak pernah ambil tahu pun kan. Bila dia muncul je kat AIM 18 hari tu, perghhhh semua sibuk tweet update status Greyson Chance my new boyfie apa semua -.- Erghhh ridiculous! If you're that kinds of person, seriously you're hypocrites. Okay terasa la I cakap you hipokrit kan. Betul la. Kenal baru sekali pandang terus cakap dia boyfriend kau. Apa kes? Then tengok Najwa Latif perform dengan dia terus nak marah-marah. Tak pun kutuk-kutuk bagai. Biarlah dia. Diorang tu cari makan je pun. Rezeki masing-masing. Jangan kita sibuk hal orang. Kalau sakit hati sangat, tukar channel lainlah lainkali. Ni tidak, ditenung juga peti televisyen tu sampai nak retak. Nanti bila dia dah start buat hal macam yang digembar-gemburkan pasal Bieber tu, you all nak lari kat siapa pula? 
Ni ada cerita pasal lucky fans yang kena peluk siap bergambar tu. Apa ke namanya, Tina macam tu la. Tadi I sempat stalk fesbuk dia kejap. Omagaaaddd terus popular sebab Greyson ni haaa. Kesian pun ada juga I tengok dia tu. Salah ke dia minat Greyson? Kenapa dia kena bash macam tu sekali? Biarlah dia ambil gambar peluk-peluk ke apa ke kan. Parents dia pun ada sekali kat situ. I ada la ternampak perbualan orang ni pasal Tina tu. Bunyinya macam ni "Tina tu mak dia tak halang ke dia peluk-peluk Greyson? Kan dah tahu bukan muhrim." Okay kat sini I malas nak ceramah panjang sebab tu antara dia dengan Allah. Dosa pahala bukan kita yang tentukan. Kalau dah mak dia sendiri yang ambil gambar tu, kita faham-faham je la ya. Cubalah kalau you jumpa dengan orang yang you paling minat sampai dah anggap orang tu macam buah hati pengarang jantung \suami khayalan/ you. Maybe you punya reaction akan lagi over dari dia kot. Hopefully you're not. Kalau tak, confirm memang malu je la dengan kutukan sendiri kan. For me, biarlah dia tu. Dia minat Greyson lebih dulu dari you you and you. Siap ada shirt, album, poster, semua goodies Greyson dia ada. Original pula tu. Nampak sangat dia betul-betul hard fans kan. Yang penting dia tak pernah kacau mak you and you makan nasi pun. So kita tak payah usik dia :)
Okay yang ni lagi comel dari GC or JB ><
Habis story-morry Hollywood. Ni nak tambah bebel sikit lagi. Nak juga bebel pasal ni. Malas nak buat entry baru, so sumbat sini je. Lately, banyak pula cerita pasal haters or antis bagi dunia k-pop ni. Tak payah tengok jauh la. Tu Myungsoo tu tinjau haters la tu *mengarut*. Mana tak nya, dah muka dia jadi watak utama cerita haters tu. Err macam yang I dah pernah cakap sebelum-sebelum ni \penat cakap banyak kali/ haters tu sebenarnya tak ada kerja nak buat. Tu yang kadang-kadang diorang kerja troll tak berhenti. Lepas satu, satu hal lagi yang dia nak cerita. Biasalah tak ada topik nak berbual agaknya. Sumpah I rasa macam tak logik je nak buat entry macam tu. Kalau nak bagi pandangan pun, biar la dari kedua-dua sudut. Contoh macam entry I yang >ini< Bukan la nak cakap I ni bagus sangat. Just from my opinion, kita kalau nak bagi pandangan ataupun pendapat tu biarlah bernas. Kalau nak bidas orang, biar berfakta. Tunjuk yang mana positif negatif, pro kontra nya. Baru orang tak boleh nak tuding jari pada kita \ayat macam yeye/ And one more thing, bila bercakap tu jangan menunjukkan diri kita yang kebudak-budakkan. Maybe some people will say that we're look younger than our age but when it's about any comments or critics, make it look older than your age. Then people will respects your words more than your thoughts. Do believe me. 
Aaaaaaaaaa~ Aksi yang ni pun cute >< 
Errr rasa macam dah banyak yang I bebel. Mesti ada yang cakap "Poyo je entry minah ni" kan kan kan. Lantak la nak cakap apa. I just luahkan apa yang I rasa je. Nak bebel dekat telinga you, memang tak mampu. Takkan nak call my mum pula bebel benda ni kat telinga dia. Kang tak pasal-pasal terus cakap dengan operator. So ni je la yang mampu I buat. Bebel kat blog cikai ni. Tak usik duit orang pun bebel sini. Lagi sekali, tajuk tu memang macam pelik. Tapi still I nak guna tajuk tu sebab tu yang terlintas dalam kepala hooootaaakkk I ni :D HAHA Okay done penat taip. 

See you guys next entry ByeBye♥
p/s - untuk pencinta JB and GC serta k-pop antis, smiley ni untuk you all :)

Yang mana tak kenal GC, ni salah satu MV dia.
Ohemmgee! He's talented but still Jessie J own my heart :) She's the voice of 2011 ><
kiddozoey

Don't Be a Silent Reader Because You Have an Identity


2 comments:

Nana L.Joe said...

fuyohhhh unnie punye entry daebak . yg buat tambah tambah daebak bila ada gambar dua dua laki nana kat situh
myung soo dengan sungkyu . HAHA XD

darla carolina said...

@Nana L.Joe - HAHA sebab ade jaejin ngn hongki lhaa . bru btol :DD